14 Nov 2014

tentang transgender, mahkamah dan tunggul kayu






selepas seminggu, saya masih tertunggu2 komen dan ulasan yang berbeza dan memberi perspektif baru dalam isu transgender dan mahkamah rayuan baru2 ini. apa yg saya dapat – setakat ini dan secara santai – ialah kemarahan, rayuan dan skeptikal terhadap pihak2 yg berkaitan. aama ada golongan transgender, mahkamah, hakim, penguat kuasa, jabatan agama dan lain2.

saya pun tidaklah membaca dengan teliti laporan kes itu sebelum ini.

sehinggalah tadi.

saya rasa kebanyakan kita menembak batang pokok atau tunggul pokok yang mati. andainya ada budak yang demam sebab keteguran pada pokok itu, demamnya akan berterusan dan lambat kebah. kita pulak membuang banyak masa membincangkan sama ada pokok itu ialah pokok ketapang, pokok petai, pokok jati atau apa2 jenis pokok lain. 

sambil2 berbalah dan marah2, kita baling batang kayu, batu, bata atau melepaskan tembakan dari senapang patah. Dan demam budak itu masih tak kunjung kebah.

siapakah hakim yang membuat keputusan itu? ikut semakan saya, namanya ialah dato hishamuddin yunus, datuk aziah ali dan datuk lim yee lan. seingat saya mereka bukanlah hakim yang mempunyai roh seperti  augustine paul atau hakim2 yg sewaktu dengannya.

kalau kamu rajin mengingat kes2 terdahulu, dato hishamuddin itu ialah hakim yang membebaskan enam aktivis reformasi daripada tahanan isa. ketika itu kebanyakan kamu memuji2 dia. dan sejak 7 november lalu kamu mengutuk2 dia.

hakikat/fakta yang kita terlepas pandang ialah alasan ketiga2 hakim itu memenangkan rayuan sekumpulan transgender berkenaan, iaitu: “bercanggah daripada perlembagaan.”

kita boleh terus2 marah, memaki dan skeptikal. atau mula membicarakan bahawa perlembagaan kita sebenarnya, sekarang ini, ketika ini, pada waktu ini, membenarkan transgender. dan mahkamah hanya mentafsir fakta pada perlembagaan itu. 

nak marah, nak maki, nak ubah – itu, perlembagaan itulah!

13 Nov 2014

tentang jpj, ketua pengarah dan tukang arah

"bos kau ni ok ke tidak?" tanya aku. bukan apa. kalau ketua pengarah tu memang lorat, aku senang sikit nak kutuk. jadi kutukan yang aku buat rasa lebih ikhlas. tapi kalau orang tu ok, tak gamak la nak kutuk2 lebih2.

tapi kata kawan aku, ketua pengarah jpj tu tak la lorat sangat. malah, kata dia, ketua pengarah jpj tu antara bos yang bagus memperjuangkan kebajikan kakitangan bawahannya.

"cuma penasihat2 dia yang over," kata sahabat itu.

kami berborak lagi. dan menariknya, si sahabat menyatakan jpj sekarang agak tertekan. kata dia, jpj bermati2-an nak membuktikan jabatan itu masih relevan dalam negara. kalau tidak, ada kemungkinan jpj akan dibubarkan.

sebab? kerana dah ada banyak agensi penguatkuasaan lain menjalankan tugas yg lebih kurang sama. berlaku pertindihan kuasa. puspakomnya, spadnya, majlis daerahnya, majlis keselamatan jalan rayanya. dan ada beberapa "nya" lagi. 

"sekolah memandu dan jadi institut. jpj dah tak banyak kuasa selain menguji pemandu sebelum dapat lesen.

"itu pun dengar2-nya nanti ujian memandu pun tak pakai jpj dah," kata dia. "ingat tak dulu ada penguat kuasa yang buat pemeriksaan dari rumah ke rumah nak check lesen tivi? bila lesen tivi radio dimansuhkan, dorang tak ada kerja. last2 bubar unit tu. kakitangannya diserap ke jabatan lain, termasuk jpj."

sebab tu, kata si sahabat, jpj sekarang bermati2-an nak buktikan mereka masih relevan. dan aku boleh faham. kesian juga. 

yang jadi isunya ialah ke-ter-sasul-an ketua pengarah jpj di depan lensa kamera. aku syak dia nervous sebab jarang2 buat pc. biasa lah. menteri memang kadang2 tak bagi pegawai2 kanan buat pc. sebab menteri sibuk nak menempek dan tumpang glamer.

dalam aku simpati2 kat jpj tu, kawan aku bagi tau lagi: "ni sibuk nak tukar uniform penguat kuasa pulak biar nampak betul2 macam polis semasa di luar. siap pakai but."

mula2 marah, lepas tu sejuk sikit. last2 naik darah semula.

12 Nov 2014

faridisme dan rtm



malam semalam aku secara tak sengaja tertengok berita dunia rtm. sebabnya, aku rewang punya rewang punat astro di rumah, tak ada rancangan yang menarik. tertengok tak sampai 3 minit. sebabnya pembaca berita itu ialah pembaca berita paling membosankan pernah aku jumpa. farid ismeth.

dulu2 - di zaman tak ada astro, apatah lagi tv3 - aku rajin tengok berita rtm. antara pembaca yg aku suka ialah harjit singh hullon, hashim embi dan kamarudin ahmad (kalau tak silap). pada susuk harjit aku jumpa lelaki sikh yg fasih berbahasa melayu. pada hashim embi aku jumpa pembaca yg santun dan berhati2. pada kamaruddin yg itu aku nampak pembaca berita yang bersahaja dan santai.

hinggalah muncul mamat bernama farid itu. 

rtm dan beritanya jadi sangat memualkan. dan ternyata rtm - secara kebetulan - bukan lagi  menjadi pilihan. terutama apabila orang ramai mempunyai pilihan. masa berubah, selera manusia berubah tapi rtm tetap tak berubah.

itu adalah antara masalah media massa arus perdana. akhbar misalnya. ketika suatu ketika dulu ada akhbar yg menjadi pilihan kerana mengikut kehendak semasa pembaca - dan tentunya selepas bergelut beberapa lama ketika di peringkat awal usianya - ia, si akhbar itu, membesar dengan identiti yang keliru. nak kata macam transgender pun dah macam boleh dah.

dan ketika menjadi dewasa ada pula orang dari rtm diambil bekerja. itu bukanlah salah. ia hanya menjadi tragedi apabila akhbar itu - oleh pengaruh rtm tadi - perlahan-lahan ditukar menjadi berita yang ada mamat bernama farid tadi. 

9 Nov 2014

misi espionaj si haizir a.k.a. zek




bayangkan begini:
ada seorang penunggang motosikal terjatuh di tepi tali air. katakanlah namanya atan. kaki kanan atan bercalar sedikit dan dua tiga orang kampung yang lalu segera membantunya. mula2 dia berjalan terhenggot-hengot menahan sengal tetapi tak lama kemudian dia kembali seperti asal.

nah, sekarang baru masuk bab masalah: dua tiga orang yang menolong tadi mula bercerita di kedai kopi. mula2 memang atan cuma bercalar pada kaki. tapi lama2 cerita tu berpindah dari telinga ke telinga, mulut ke mulut hinggakan di hujung kampung cerita yang tersebar ialah, atan meninggal dunia.

begitulah lebih kurang sajak2 yg dibuat dengan bahasa2 bombastik yang berlebih2. bukan tak boleh. bukan pantang. kalau kamu nak buat, silakan. cuma saya nak kata, sajak2 begitu - yang melampau2 dan mengada2 - adalah sajak2 kelmarin. atau sekuran2-nya sajak2 semalam. sedangkan kita mahu membaca sajak2 hari ini yang bercerita tentang hari ini.

nasib baik espionaj tak begitu. dan kalau kamu nakkan sajak2 yang penuh sarat dengan bahasa2 berlebih2-an, jangan beli. kamu akan kecewa. tapi kalau kamu nak sajak2 yang sederhana, yang lancar dan santai, belilah.

espionaj bermula dengan pesan kepada politikus. tapi saya rasa itu sangat skema. dan bukan saya seorang yang berasa begitu. ramai - kecuali editor buku ini. saya hampir2 katakan kepada dia bahawa, dia boleh saja teruskan menerbit buku ini dengan tajuk yang dia rasa sedap tapi saya tak mahu mengaku dia kawan lagi. akhirnya selepas digertak, barulah dia bersetuju.

ada beberapa bahagian dalam espionaj yang menarik dan kurang menarik. haizir - atau lebih manja kami panggil dia zek - sangat berkesan kalau menulis sajak2 romantis walaupun dia mungkin tak mahu mengaku. sajak2 "perjuangan" yg dia kata tu kadang2 kurang menyakitkan hati. kadang2 baik sangat. tapi kalau dia buat sajak cinta, memang makan dalam.



ada sebahagian sajak haizir ini bersifat peribadi. sajak dia dengan dunia dia, atau dengan pasangan hidup dia. yang benar2 faham mungkin cuma dia. kita cuma boleh cuba2 faham. tapi tak ada salah apa pun.

satu perkara yang saya tak terkejut langsung ialah sajak2 ketuhanan daripada haizir. langsung tak terkejut. kalau dia buat buku tanpa sajak2 kerohanian, barulah saya terkejut.

dalam keadaan begitu, bolehlah kita anggap espionaj ini sebagai naskhah sajak2 beriman.

perkara lain yang saya nak sentuh ialah kejutan dibuat haizir menyeru nama saya sampai dua kali. bukan apa. takut ada pulak orang cemburu. sebut nama aku sekali cukup lah zek....


23 Feb 2012

tentang sasterawan dan sahabat itu




Kadang-kadang bukan ada apa-apa pun. Dia sekadar mahu beramah, mungkin. atau mengisi masa lapang bersendirian menghirup teh tarik panas bersulam capati, roti canai atau hidangan lain yang seumpama dengannya selepas seharian bekerja. tempatnya adalah sebuah restoran mamak sederhana tidak jauh dari bangunan lama hospital besar alor setar.

daripada dia, semakin ramai rakan penulis yang bergiat dalam komuniti sastera siber e-sastera tahu kewujudan restoran pokok ceri.

Dia ialah Sabri Hashim, penulis kelahiran Kedah yang dikenali juga – di kalangan aktivis e-Sastera – sebagai Brirasa.

Dia – Brirasa itu – bermula sebagai seorang lelaki biasa. Barangkali tidak keterlaluan jika dikatakan dia agak malu-malu di peringkat awal penulisannya di e-Sastera sebelum ramai rakan melihat ada sesuatu yang istimewa padanya.

Bekerja dengan Jabatan Veterinar Kedah, Brirasa ada banyak kelebihan.

Pertama, dia mempunyai pengetahuan mendalam tentang ilmu penternakan, pembakaan dan urusan perladangan haiwan. Justeru, dia selalu bercerita – serius atau berseloroh – tentang pelbagai hidupan yang menjadi sebahagian daripada rutin hariannya. Daripada lembu, kerbau, burung walit, ayam hinggalah kepada najis lembu, najis ayam, bakteria, malah babi.

Ilmu hidupan itu kemudian tidak dipersiakan begitu saja. Brirasa banyak memanfaatkan ilmu itu untuk digaubngkan dengan kemahirannya berpuisi. Maka, gabungan ilmu sains, bahasa puitis dan kecenderungannya memilih jalan romantis menjadikan Brirasa berdiri sebagai penulis yang tersendiri.

Ketika sesetengah penulis memilih untuk meratap menghiba, atau bersikap lebih polos mempersoalkan pergulatan hidup, Brirasa kekal memilih jalan romantis dan harmoni bagi menyoal kebejatan semasa.

Sesekali, Brirasa akan mengusik rakan-rakan melalui SMS jika ada isu tertentu yang menyentuh deria seninya. Kadang-kadang, dia berterus-terang melambung “bola’ untuk melihat reaksi kawan-kawan terhadap sesuatu perkembangan, tetapi dalam keadaan tertentu, dia memilih untuk bercakap melalui Mat Da – watak misteri yang sering digunakannya dalam penulisan prosa atau blog.

Secara bersahaja dan lebih sering secara gurauan, Mat Da menjadi jurucakap untuk Brirasa menyoal keganjilan hidup. Misalnya, Mat Da mengusik Brirasa – dan kita semua – dengan SMS-nya: “Kalaulah kedai makan Cina semuanya halal, dah banyak kedai Melayu bungkus!”

Mat Da juga sesekali bersuara garang: “Woi! Betui ka politik Malaya lebih busuk dari najis?”, selain ‘pepatah’ ya ng nakal: “Sepandai-pandai manusia, akhirnya minum air liur burung juga!” SMS nakal Mat Da yang lain: “Hang tau dak? Katak paling menyampah kalau orang kata dia menyanyi sedap. Sebabnya kalau sedap hujan tak turun.”
Itu sisi nakal dan vokal Brirasa.

Untuk sisi harmonis dan romantis, Brirasa tampil dengan siri labun Pak Lang. Biasanya dia memilih sajak untuk menzahirkan watak Pak Lang. bersama imej dan imejan tertentu, terutama Gunung Keriang, bendang (sawah) dan suasana perkampungan di Kedah. Misalnya:

Dan ini ketikanya
harimau menjadi
harimau jadian
meramahi kandang-kandang
kambing dan lembu,
di kampung Pak Lang
yang dikekalkan
tradisi klasik kemunduran
sejak 50 tahun dahulu.

Apa mahumu datok harimau? (Sajak Pilihan Raya 1)

Tanah warisan moyang marhaen
lanyau emping melampung di dasar jelapang
megah mewah banglow di bucu kiri
dari gunung mengalir sendu sebatang sungai
pandang depan, merentang jalan turap tidak siap
di belakang gunung kaku tinggal sebelah.

Sebidang bendang pak lang
telah lama usang terbiar rang
sepi sudah lonjak haruan, kilau keli
puyu, sepat dan sempilai pupus benih
kunang-kunang malu di penjuru senja
lalang kering disanggau ribut debu.

Mengenang pesan pak lang
“terokalah bendang sebidang ini,
tanamlah dengan benih terpilih
randuklah deret dara padi,
bertingkah alu dan antan, canda emping,
di malam terang bulan,
nanti, tuailah antara masak
esok-esok jelapang penuh berkat”

Sebidang bendang pak lang
di sini aku menjadi saksi sepi
geran tanah bertukar cop pindah milik
aroma selut pun kelat di puncak gunung. (Sajak Sebidang Bendang Pak Lang)

Sangat ketara bahawa penulis serba sederhana bernama Brirasa ini sentiasa peka dan tajam pula bahasanya mengangkat pelbagai isu semasa untuk difikirkan bersama. Dalam bersahaja dan melalui bahasa yang harmonis, pembaca akan dipanah secara spontan dan kadang-kadang tidak begitu terasa kepedihan dek lunaknya sajak dia.

Itu kelebihan Brirasa yang jarang ada pada penulis lain.

Sebenarnya, dalam ramah dan mesra Brirasa, dia adalah lelaki perahsia. Di kalangan rakan penulis, amat jarang dia bercerita tentang kehidupan peribadinya, sama ada keluarga, pekerjaan atau aktiviti senggangnya. Sesekali, kenalan hanya dapat mengagak daripada catatan ringkas dalam blog, borak-borak di kedai kopi, sembang SMS atau rakaman lensa kameranya.

Dan difahamkan, di rumah Brirasa juga agak berahsia mengenai rakan dan aktiviti seninya.

Pada 17 Mac 2010, Brirasa meninggalkan catatan ringkas pada blog awalnya (www.esasterawan.net/brirasa): “Aku berpindah ke rumah baru.” Ia tidak membawa banyak makna, sehinggalah pada pagi 14 Februari lalu apabila dia benar-benar berpindah ke rumah baru. Rumah abadi.

3 Nov 2011

ambiga memang lahanat

ya memang betul ambiga tu sangat lahanat. dalam diam2 dia jadi juara program yang lahanat juga itu. dan kalau mahu, kita boleh saja wajibkan setiap diri masing2 menyumpah seranah ambiga itu. rupa2-nya selepas jadi pemuka bersih menuntut pembaharuan sistem pilihan raya di malaya ni, si ambiga ini menyelinap pula ke grup seksualiti merdeka. satu agenda jahat utk menghalalkan golongan lesbo, homo dan yang sewaktu dengannya.

memang ambiga lahanat. sangat2 lahanat.

lahanat ambiga tak sejahat chua soi lek sebab chua soi lek tak berselindung2. dia cakap direct. dan ikut hukum mazhab melayu malaya, cakap direct tak berdosa sangat berbanding apa yang ambiga buat tu, sebab ambiga guna taktik jahat yang sangat2 lahanat. berselindung di sebalik program .

bila chua soi lek mempersenda calon pas yang perempuan tak mau bersalam dgn yang bukan mahram, biarkan saja sbb isu bersalam itu isu khilafiah. dan lebih afdhal mengambil fatwa yang meringankan. bila chua soi lek kata islam punca sesebuah negara/masyarakat mundur, kita tak boleh bising2. sebab memang chua soi lek cakap betul pun.

tengok la arab saudi. punya la mundur! itu belum lagi komen dia tentang hudud yang "will cause the nation to backslide and scare away investors". sangat dalam sifir politik chua soi lek.

ok lah, mungkin ada yang marah. sebab tu korang baling cat ke wisma mca. baling cat! berani sungguh korang! baling cat ke dinding yang takkan buat apa2 walaupun korang kencing ke situ. baling cat. berani sungguh!

jadi, ambiga memang lahanat. wajib dikeji. dan chua soi lek seorang intelek yang pintar dan bijak. jangan keji dia.

formulanya senang saja. ambiga tu selalu bikin kacau. selalu bikin kecoh sama kerajaan. jadi kita wajib keji dia 24/7. setiap masa setiap ketika. orang mcm chua soi lek tu tak la selalu kecoh sangat. lagi pun tanpa orang cina dan chua soi lek, ke manalah gamaknya malaya ni nak pergi, kan?

dan lebih afdhal lagi kalau gelaran dato' pada ambiga tu disentap semula. mana layak orang sekeji ambiga diberi gelar dato', kan? cuma saya tak pasti, siapa yang beri dia dato' tu? sungguh2 tak pasti. mungkin sammy vellu, atau mungkin juga tun ling liong sik.

ayuh, kita pakat ramai2 desak samy vellu atau ling tarik balik gelaran dato' tu. ayuh!

29 Okt 2011

sasteralah sangat

semasa bertugas di utara dulu, harian metro ada satu kolum. di mana bumi dipijak namanya. saya dan dua wakil negeri harian metro bergilir2 menulis dalam kolum itu. kolum itu dinamakan sebegitu sesuai dengan stail harian metro (ketika itu) yang gemar menggunakan ungkapan2 melayu lama/peribahasa/pepatah dalam persembahannya.

saya memang suka dengan dasar itu. di sebalik format kontemporari dibawa harian metro, bos akhbar yang lama bergelut dan bertatih - sebelum menjadi supergah pada hari ini - ialah zian johari. walau ada satu dua pendekatannya yang saya kurang suka, tapi jasa dan sumbangannya sangat layak disebut2.

[ok, sambung semula cerita lama.]

kolum di mana bumi dipijak agak bebas kandungannya walaupun pada dasarnya memuat pandangan/pengalaman wakil harian metro di perak, pulau pinang dan kedah/perlis. tak ada banyak masalah sangat kolum ini, kecuali beberapa kali ghaib, sama ada atas sebab kesilapan atau terpaksa bersaing dengan iklan atau berita semasa yang dipilih boh2 di kuala lumpur.

apabila saya bertugas di klang, ada juga kolum untuk wakil di situ. tinta kelang, kalau tidak silap. dan sebagai seorang wartawan kuli yang kebetulan suka menulis, saya pun menulis. tak ada masalah juga, hinggalah apabila saya menulis tentang hubungan manusia dengan sungai. dan saya menggunakan sungai kelang sebagai analogi.

saya mendapat panggilan telefon bernada rungutan. tak ada masalah pada saya pun. dan keesokan harinya kolum itu terbit di satu sudut terpencil yang saya sendiri tak perasan wujudnya. dan mungkin itu adalah tulisan kolum saya yang terakhir untuk harian metro. hinggalah kini.

daripada rakan lain, saya diberitahu boh2 di pejabat tak suka kerana saya terlalu "bersastera". saya tak tahu apa maksudnya dengan "bersastera" itu kecuali sedikit sebanyak ayat dan frasa saya yang agak berbunga. dan memang agak berbunga. bukan terlampau berbunga, sebab menulis dengan penuh bunga2 bukanlah saya.

saya tak mahu hidup saya pada tahun2 2000-an ini diisi dengan mentaliti sastera zaman ahmad rashid talu, misalnya. cukuplah bahasa yang agak santai dan indah sedikit sebanyak tanpa perlu menulis ayat yang jelas dipaksa2-kan bunganya. lagi pula, saya yakin penulis bukan ditugaskan untuk berkhayal. kita bertugas sebagai pengubah, bukan pengkhayal dan mengajak orang lain berkhayal sama tentang utopia.

"boh kata susah nak faham," kata rakan itu.

oh...! saya memang sungguh2 tak tahu. dan tak sangka. rupanya kadang2 kita boleh membuat seseorang berasa dibodohkan dengan kata2 yang dia tak faham.