9 Nov 2014

misi espionaj si haizir a.k.a. zek




bayangkan begini:
ada seorang penunggang motosikal terjatuh di tepi tali air. katakanlah namanya atan. kaki kanan atan bercalar sedikit dan dua tiga orang kampung yang lalu segera membantunya. mula2 dia berjalan terhenggot-hengot menahan sengal tetapi tak lama kemudian dia kembali seperti asal.

nah, sekarang baru masuk bab masalah: dua tiga orang yang menolong tadi mula bercerita di kedai kopi. mula2 memang atan cuma bercalar pada kaki. tapi lama2 cerita tu berpindah dari telinga ke telinga, mulut ke mulut hinggakan di hujung kampung cerita yang tersebar ialah, atan meninggal dunia.

begitulah lebih kurang sajak2 yg dibuat dengan bahasa2 bombastik yang berlebih2. bukan tak boleh. bukan pantang. kalau kamu nak buat, silakan. cuma saya nak kata, sajak2 begitu - yang melampau2 dan mengada2 - adalah sajak2 kelmarin. atau sekuran2-nya sajak2 semalam. sedangkan kita mahu membaca sajak2 hari ini yang bercerita tentang hari ini.

nasib baik espionaj tak begitu. dan kalau kamu nakkan sajak2 yang penuh sarat dengan bahasa2 berlebih2-an, jangan beli. kamu akan kecewa. tapi kalau kamu nak sajak2 yang sederhana, yang lancar dan santai, belilah.

espionaj bermula dengan pesan kepada politikus. tapi saya rasa itu sangat skema. dan bukan saya seorang yang berasa begitu. ramai - kecuali editor buku ini. saya hampir2 katakan kepada dia bahawa, dia boleh saja teruskan menerbit buku ini dengan tajuk yang dia rasa sedap tapi saya tak mahu mengaku dia kawan lagi. akhirnya selepas digertak, barulah dia bersetuju.

ada beberapa bahagian dalam espionaj yang menarik dan kurang menarik. haizir - atau lebih manja kami panggil dia zek - sangat berkesan kalau menulis sajak2 romantis walaupun dia mungkin tak mahu mengaku. sajak2 "perjuangan" yg dia kata tu kadang2 kurang menyakitkan hati. kadang2 baik sangat. tapi kalau dia buat sajak cinta, memang makan dalam.



ada sebahagian sajak haizir ini bersifat peribadi. sajak dia dengan dunia dia, atau dengan pasangan hidup dia. yang benar2 faham mungkin cuma dia. kita cuma boleh cuba2 faham. tapi tak ada salah apa pun.

satu perkara yang saya tak terkejut langsung ialah sajak2 ketuhanan daripada haizir. langsung tak terkejut. kalau dia buat buku tanpa sajak2 kerohanian, barulah saya terkejut.

dalam keadaan begitu, bolehlah kita anggap espionaj ini sebagai naskhah sajak2 beriman.

perkara lain yang saya nak sentuh ialah kejutan dibuat haizir menyeru nama saya sampai dua kali. bukan apa. takut ada pulak orang cemburu. sebut nama aku sekali cukup lah zek....


Tiada ulasan: