selepas seminggu, saya masih tertunggu2 komen dan ulasan
yang berbeza dan memberi perspektif baru dalam isu transgender dan mahkamah
rayuan baru2 ini. apa yg saya dapat – setakat ini dan secara santai – ialah kemarahan,
rayuan dan skeptikal terhadap pihak2 yg berkaitan. aama ada golongan transgender,
mahkamah, hakim, penguat kuasa, jabatan agama dan lain2.
saya pun tidaklah membaca dengan teliti laporan kes itu
sebelum ini.
sehinggalah tadi.
saya rasa kebanyakan kita menembak batang pokok atau tunggul
pokok yang mati. andainya ada budak yang demam sebab keteguran pada pokok itu,
demamnya akan berterusan dan lambat kebah. kita pulak membuang banyak masa
membincangkan sama ada pokok itu ialah pokok ketapang, pokok petai, pokok jati
atau apa2 jenis pokok lain.
sambil2 berbalah dan marah2, kita baling batang
kayu, batu, bata atau melepaskan tembakan dari senapang patah. Dan demam budak
itu masih tak kunjung kebah.
siapakah hakim yang membuat keputusan itu? ikut semakan
saya, namanya ialah dato hishamuddin yunus, datuk aziah ali dan datuk lim yee lan. seingat saya mereka bukanlah hakim yang mempunyai roh seperti augustine paul atau hakim2 yg sewaktu
dengannya.
kalau kamu rajin mengingat kes2 terdahulu, dato hishamuddin
itu ialah hakim yang membebaskan enam aktivis reformasi daripada tahanan isa. ketika
itu kebanyakan kamu memuji2 dia. dan sejak 7 november lalu kamu mengutuk2 dia.
hakikat/fakta yang kita terlepas pandang ialah alasan
ketiga2 hakim itu memenangkan rayuan sekumpulan transgender berkenaan, iaitu: “bercanggah
daripada perlembagaan.”
kita boleh terus2 marah, memaki dan skeptikal. atau mula
membicarakan bahawa perlembagaan kita sebenarnya, sekarang ini, ketika ini,
pada waktu ini, membenarkan transgender. dan mahkamah hanya mentafsir fakta
pada perlembagaan itu.
nak marah, nak maki, nak ubah – itu, perlembagaan
itulah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan