25 Nov 2014

hati emas



secara umum konsert kembara hati emas di istana budaya hujung minggu baru2 ni memang bergaya, menyegarkan dan membangkit nostalgia. dan dalam banyak masa kau akan rasa 'tua' apabila menoleh ke kiri dan kanan untuk melihat siapa yg bernyanyi bersama, bertepuk tangan bersama atau melambai2 ke arah pentas utama.

dan sesekali kau akan berasa lucu melihat ada anak2 muda - dan aku kenal dua daripadanya - datang dari jauh (dan ada yg menyeberang laut china selatan) untuk menyaksikan konsert yg menyanyikan lagu2 yg dicipta mungkin ketika mereka belum lahir. atau belum tahu makna seluar dan baju.

kembara adalah manifestasi kepada roh kebanyakan anak muda zaman awal 1980-an. ketika penyanyi dan pencipta lain sibuk dengan dunia dan cinta, kembara datang dengan lagu2 rakyat. kembara juga merakyat. ada lagu puduraya, ada lagu buruh kasar, ada lagu pak tani atau nelayan. ada kata2 yg sangat indah dan menikam. semuanya dekat dengan pendengar (walaupun ketika itu tak semua pendengar celik tentang lagu perjuangan dan rakyat).

suka atau tidak, kembara adalah mamat2 rebel era 1980-an.

maka apabila kembara sekali lagi bersatu (walaupun tak sepenuhnya) di istana budaya, dapat difahami jika pendengar menganggap konsert itu adalah konsert m nasir. bukan konsert kembara. pada aku ia tidak tepat sepenuhnya. nak buat macam mana. lagu2 kembara memang kebanyakannya dinyanyikan oleh m nasir. a ali dan s sahlan cuma tukang tambah sesekali.

maka apabila orang mengharapkan a ali dan s sahlan lebih banyak menyanyi, memang susahlah. sebab lagu2 mereka hanya itu. selebihnya adalah suara m nasir. orang merungut bukanlah sebab tak suka m nasir. cuma mereka lebih suka kembara yg menampilkan a ali dan s sahlan yg lebih daripada apa yg ada di pentas.

kira2 ia samalah dengan kita yang berharap filem2 p ramlee tidak hanya menonjolkan p ramlee semata2 sebagai wira. kita mahu aziz sattar dan s shamsuddin, misalnya, lebih kerap jadi wira.

dan aku masih tak boleh terima apabila m nasir dilaporkan berkata (lebih kurang): saya pun tak tahu macam mana saya boleh cipta lagu2 macam itu dulu2 (macam lagu2 kembara)

Tiada ulasan: