15 Okt 2009

berita hari ini

kawasan pesisir pantai port dickson gempar pada awal pagi isnin lalu apabila orang ramai menemui seorang lelaki dengan kesan lebam dan bengkak di seluruh badan, dipercayai akibat dibelasah dalam pergaduhan beberapa jam sebelum itu.

lelaki belum disahkan identitinya itu dikatakan berusia lewat 50-an.

menurut sumber, lelaki tersebut pada mulanya datang ke port dickson dengan yakin bahawa dia mampu memberi kejutan kepada lawannya - seorang pewaris yang pernah disebat enam kali di bontotnya.

"lelaki malang itu percaya dia diterima orang ramai kerana selama ini dia tidak pernah disebat di bontotnya.

"bagaimanapun, tanpa disedari, segala pergerakan dan perbualannya serta perancangannya memang sudah diketahui sejak awal. antara lain, lelaki tersebut sudah diberi ubat santau berjenama perpaduan melayu dan umpan berjenama unity lama sebelum dia datang.

"malang sekali ketika dia cuba membuka bunga silatnya, mata kail berumpan unity di tenggoroknya banyak kali menyebabkan dia tenggelam punca," katanya.

pemerhati berkata, beberapa tok guru dan pawang yang dibawa khas ke tepi gelanggang gagal mengubah kedudukan sehingga saat akhir.

seorang lelaki segak dengan rambut belah tengah juga datang, tetapi dikatakan lebih memburukkan keadaan.

"setiap kali dia (lelaki belah tengah) datang bersama rombongannya, setiap kali itu jugalah ilmu pencak lelaki berusia lewat 50-an itu pudar sedikit demi sedikit," kata sumber lain.

2 ulasan:

e berkata...

di eSastera, saja diajar bahawa ejaan yang betul ialah "buntut".

rimanilzah berkata...

e betul tu. tapi sebut "bontot" lebih rare bunyinya.