27 Sep 2009

hasan bin ali

"kekuatan pakatan ini adalah oleh kerana kita menjadikan rakyat itu sebagai bos kita. kta ini sebagai pekerja2 yang memberikan khidmat kepada bos kita iaitu rakyat" - blog pas selangor (www.selangor.pas.org)


Mengulas lanjut Dr Hasan Ali berkata, PAS Selangor berikrar dan berazam untuk memberikan kerjasama kepada Khalid bagi membolehkan pentadbiran negeri berjalan lancar dan rancak di bawah pimpinan beliau.

"PAS Selangor menegaskan kami akan sentiasa memberikan dokongan yang tidak berbelah bagi terhadap pakatan KeADILan, DAP dan PAS dalam membentuk kerajaan bagi mentadbir negeri," ujarnya.

PAS Selangor juga akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan pakatan ini terus stabil dan mantap bagi menjana kecemerlangan pentadbiran kerajaan BA Selangor, kata Dr Hasan (dipetik dari sini)


Dr Hasan juga berkata, beliau bercadang mengubah organisasi masjid yang selama ini hanya dikuasai ahli politik dan orang yang kurang arif dengan agama. Justeru itu barangkali beliau melihat selama ini ada kejumudan atau kebekuan dalam aktiviti sesetengah masjid.

Selama ini umat Islam yang prihatin di Selangor memang cukup lama menunggu suatu perubahan dalam usaha menceriakan lagi agama Islam di negeri ini. Justru itu cita-citanya untuk mengislahkan atau mereformasikan masjid sebagai pusat ilmu dan ibadah memang sesuatau yang ditungguh-tunggu umat.

Sekali lagi saya menyatakan bahawa memang cukup lama umat Islam yang prihatin menunggu tibanya 'zaman pencerahan' yang boleh memancarkan kemakmuran dan kegemilangan masjid bukan saja sebagai pusat ilmu dan ibadah, tetapi juga menjadi pusat berinteraksi antara umat Islam dengan bukan Islam.

Ini supaya orang bukan Islam lebih memahami sistem nilai Islam sebagai agama tauhid yang agung, yang menebarkan syariat Islam yang penuh dengan keadilan, kebebasan, kesaksamaan dan keikhlasan. (dipetik dari sini)

berat dah dia nih....

Tiada ulasan: