2 Okt 2009

barangkali betul - (sesetengah) politikus tak boleh dipercayai


saya masih ingat pagi itu. 26 ogos 2008. subuh di pertengahan waktunya. antara cerah matahari dan fajar, kami berhenti di masjid jalan baru, perai. dalam mamai kerana tak cukup tidur dan penat bermusafir, isteri saya terjelepuk di bibir longkang kerana kakinya dipijakkan ke lubang.



daripada wajahnya, saya tahu sakit ditahannya. tapi kami tak peduli. selesai solat, kami segera ke sekolah kebangsaan penanti dan berdiri di pintu pagar sebelum ia dibuka lagi. ada beberapa anggota polis berkawal.


ya, kami bergegas dari kuala lumpur pada malam itu dan tiba di perai kurang lebih jam 3 pagi. menyewa bilik hotel murah (rm50 untuk tiga jam) di taman inderawasih yang seakan2 'reban ayam'. semuanya demi dua undi di pilihan raya kecil permatang pauh.


bukan. itu bukan kali pertama kami mengundi di permatang pauh. itu kali keempat kami mengundi. tak timbul soal sentimen menyanjung individu tertentu, sebaliknya semata-mata memilih parti yang kami yakin lebih baik daripada umno.


cuma, apabila dato' hamdan abd rahman meninggal dunia dan ust salleh man bertanding, saya bertegas untuk tak mahu campur lagi. bosan yang bukan sedikit. mula2 sibuk nak berpadu atas dasar melayu (selepas bertahun2 orang2 hebat dalam pas mendidik ahlibta supaya mengutamakan agama daripada bangsa. buang karan sungguh!).


sekarang, sibuk nak berjuang hak melayu pula (pedulilah apa pun alasan mereka). lebih memualkan, semuanya didalangi tokoh yang satu ketika dulu bukan main lagi hebatnya bercakap - sementelah dia memang orator mahir - mengajar rakyat itu ini tentang hodohnya barisan nasional.


dan untuk kesekian kali, saya juga mengakui bahawa seseorang yang banyak dan pintar bercakap amat bahaya dipercayai.



1 ulasan:

ADC TEAM berkata...

Blog yang bagus, mungkin masih baru tapi nampak gaya akan mampu meneruskan derap langkah ke hadapan. Saya bersetuju dengan pandangan En Blogger. Cumanya isu ni agak outdated. Pandangan kerdil saya, setiap isu yang meletupletup kat negara kita ni bersifat waq'ie(berdasarkan keadaan/masa). Kebiasaannya , permainan media lebih mendahului fakta. bahkan banyak media kini sudah gemar menyiarkan andaian bukan berita, contohnya beberapa isu melibatkan negeri2 pakatan rakyat. bahan yang diterima terlebih dahulu disiarkan tanpa mendapatkan kenyataan rasmi/ dari lidah entiti tersebut terlebih dahulu. Sebagai rakyat Malaysia , kita peru mendepankan pemikiran kita dalam mentafsir sesuatu isu apa lagi isu politik. memang saya tak nafikan, rasa muak selalu timbul bila perkara macam terjadi. Berita asyik ulang cerita2 yang sama. Tapi perlukah kita sentiasa mengikuti permainan media. Bagi seorang penggerak jentera Parti, perlukah dia sentiasa mentafsir setiap isu berdasarkan persepsi mindanya. Rasanya amat perlu? Tapi setiap penafsiran bukan bersifat absolut/mutlak. bahkan bila ada penafsiran, adalah cacat untuk tiada persoalan. Dari situlah kita perlu ada rujukan yang benarbenar dapat memenuhi kehendak dan harapan hati kita. kalau dah puas hati , apa lagi perlunya kita mrujuk kepada kitab massa yang masih bermainmain dengan isu yang sudah 'lapuk' pada diri kita. Sebaliknya kita wajar keluar dari permainan dan mencipta solusi bagi saudara kita yang masih berkisarkisar dalam aras permainan yang sama, bahkan mereka mencipta permainan baru di situ. permainan dalam permainan.

Finally, memang mustahil untuk mengatakan semua yang politikus kata itu betul. Betulnya bila mampu menilai dan menghadam dengan merujuk kepada librari yang yang sewajarnya. Di situlah perlunya skil mengekstrak bahan fakta maupun ilmiah. Bila ia dikata fakta, dimana asasnya. Mesti ada sumber dan rujukannya. Bila dikata spekulasi, siapa pula spekulatornya. Bila disebut sebagai teori siapa yang mengeluarkannya? Bila pula dikatan ia sebagai mitos. Mesti ada penglipur laranya. Kita sebenarnya mampu secara logiknya menilai perkara dunia ni secara kasar untuk tahu kesahihannya. Sewajarnya selidikilah.

Nice to be here. Updatela slalu yer, lain ali boleh saya datang lagi.