22 Sep 2009

#1

mula2 orang kata, saya tak berapa percaya. malah tak mau percaya. tapi lama-kelamaan, saya semakin yakin bahawa mata kita selalu (tapi bukan sentiasa, ya,) melihat apa yang kita mahu lihat.

analogi orang dulu2 adalah pokok/tunggul mati di tepi jalan. kalau malam2 kita berjalan di situ dan hati terbayang hantu, ya hantu juga akan kita lihat di balik bayang pokok/tunggul mati tu.

kalau kita bertelek2-an melihat punca demam tak kebah, misalnya dengan bisikan di hati bahawa ada polong bergayut di telinga, tengkuk atau mana2 bahagian badan, selalunya polong jugalah yang akan dilabunkan tukang telek tu.

kalau kita melihat seseorang dengan rasa benci - ya, selalunya kebencianlah yang selalu nampak.

jadi, jika anda singgah di sini dan membaca sedikit sebanyak - terserahlah apa yang anda mahu lihat di balik aksara dan dengung dihasilkan susunan aksara itu. insya-Allah anda akan nampak apa yang anda nak nampak.

terserahlah.

1 ulasan:

Wanabubakar berkata...

Bak kata mat salih: You see things not as they are, but as you are.