2 Sep 2010

tahniah, tuan IGP

tahniah tan sri ismail omar. bakal ketua polis negara.

ketika saya selalu jumpa dia dulu di bukit mertajam sekitar 1997 - 1998, saya tak pernah sangka dan tak nampak muka dia akan jadi IGP. tapi ya lah. saya cuma tengok muka, tak tengok kaki dia. saya lupa orang selalu kata: "tengok kaki lah!"

dulu - 1997/1998 - beliau adalah OCPD seberang prai tengah. bagi kebanyakan crime reporter, dearah itu memang diketahui 'panas'. macam2 ada. antara lain, kedudukan seberang prai tengah dan bandar utamanya, bukit mertajam, yang strategik. ia berada di antara georgetown (penang), kulim/lunas/sungai petani (kedah) dan parit buntar (perak).

bukit mertajam juga ada industri pengangkutan yang rancak. lori pengangkut barang, misalnya.

sebagai lokasi panas, ada banyak jugalah insidennya. dan insiden2 itu menjadi penyambung kerja saya dan kawan2 lain. selalu ada sidang akhbar di pejabat tuan ismail. kadang2 kami buru dia melalui telefon. kadang2 kami ikhtiar cari info melalui sumber2 lain dan minta beliau sahkah.

pernah satu ketika, geng seluar dalam (didalangi pendatang asing) mengganas di sekitar bukit mertajam. uniknya geng ini, mereka menyerang/memecah masuk rumah orang bukan islam saja. mungkin ada rumah orang islam dipecah masuk, tapi tak ada dalam pengetahuan saya.

ditakdirkan, satu daripada rumah yang dipecah masuk terletak kira2 150 meter dari rumah saya sewa di taman kota permai. dari pintu depan, saya boleh nampak sedikit sebanyak lokasi itu. geng seluar dalam memecah masuk tapi takdir ajal mereka dah sampai. ada polis dan - kalau tak salah - ada dua yang ditembak mati. mayat ditemui dalam belukar di belakang taman itu.

dan ada juga yang terlepas. tuan ismail dan geng D9 mengepung dan menjejak perompak yang bebas tu. dipercayai, dia cedera agak parah.

saya masih ingat kejadian tu hari jumaat. saya dan kawan2 juga ada ikut tengok macam mana polis buru suspek tu. taman kota permai dan sekitarnya adalah antara kawasan yang dikepung.

hari itu hari jumaat. tuan ismail mengetuai pemburuan. sampai tengah hari, dia arah senior IO teruskan buruan.

"i nak pi sembahyang dulu," kata dia.

senior IO itu senyum.

suspek itu akhirnya ditahan juga. tapi bukan hari itu. juga bukan di sekitar kawasan itu. dua atau tiga hari kemudian. di luar bukit mertajam.

bagi saya, tuan ismail seorang pegawai polis yang mesra dan merendah diri. saya pernah terserempak dengan dia dan keluarganya di sebuah restoran di jalan jelatek. malam ketika itu. saya dan isteri menegur dan dia - rasanya - boleh ingat lagi kami selalu 'kacau' dia ketika di bukit mertajam walaupun semasa kami jumpa itu, dia bertugas di bahagian pendakwaan bukit aman (kalau tak salah).

ketiga gelombang reformasi hangat, tuan ismail adalah OCPD seberang prai tengah. cheruk to' kun berada dalam wilayah itulah. tuan ismail nampak tenang dan cerdas mengawal situasi - tanpa provokasi - walaupun keadaan sangat genting semasa itu. anwar ibrahim belum ditangkap.

satu hari, saya dan seorang dua kawan duduk di depan meja tuan ismail untuk mencari berita. kami berborak sedikit sebanyak.

"you percaya tuduhan kat anwar?" kata dia.

saya dan kawan senyum. serba salah nak jawab. salah jawab, nanti rosak mood.

"dia betul buat macam tu," kata tuan ismail.

tahniah, tan sri!

Tiada ulasan: