24 Nov 2009

pas dan media

untuk beberapa ketika, saya mahu menulis tentang perang di antara ariffahmi - kickdefella yang hangat itu. terserah kepada anda mahu mengkategorinya sebagai hangat atau tidak. tapi bagi saya, ia hangat dan silap hari bulan, boleh jadi hangit.

tapi sebelum sempat saya tulis, krisis itu pun nampaknya reda. syukur sangat bila to' guru arahkan ariffahmi letak jawatan. sekurang2-nya, isu tu tak dapat dimanipulasi lebih lama oleh puak2 umno/bn. ia juga memang memberi kemenangan moral kepada pas, khususnya di kelantan.

cuma, ariffahmi tersilap jika dia menyangka kedudukannya (dan hubungannya dengan to' guru) memberi kelebihan ketika dia berdepan dengan orang media. ya, walaupun kickdefella sekadar bekerja di perbadanan menteri besar dan membantu husam musa, sebenarnya dia adalah orang media.

sebelum jadi orang husam pun, kickdefella adalah orang media. dia pembikin filem. dan di kalangan orang media, hubungan sesama petugas media biasanya rapat. ada chemistry, kata orang.

pedulilah apa yang orang pas (atau mana2 orang pun) nak kata. wartawan tak boleh percaya ke, kaki spin berita ke, penipu ke, penokok tambah ke, orang media ada cara tersendiri menguruskan sesuatu - termasuk krisis atau isu. itu yang banyak orang tak faham. bukti tak faham itu samalah seperti kebanyakan pemimpin pas yang sibuk dok layan wartawan ketika ahli/penyokong didoktrinkan supaya jangan percaya kebanyakan media arus perdana.

tapi, ada dua isu yang berbeza di sini. tak percaya dan tak mahu layan media tak bermakna semua orang media tak boleh dipercayai. ada yang boleh diharap (dan percayalah, kalau setakat roslan sms tu, ada ramai lagi orang media yang lebih dulu jadi ahli daripada dia mengenal apa itu pas...). ada juga yang lebih dungu bila tersilap mengambil sikap mempercayai orang media dengan semberono.

asal mulut manis dan pandai beli jiwa, orang media itu pun dilayan macam sahabat yang hadir usrah tiap2 hari. dungu namanya tu.

berbalik pada isu ariffahmi, ternyata dia kantoi. dia mungkin bersemangat waja, hebat ilmunya dan lincah langkahnya. tapi dia belum cukup cerdas. belum cukup kenal medan tempur sebenar.

dan tidak kurang penting (dan malang), ramai lagi ariffahmi dalam pas. termasuk yang dah tak muda. tak reti2 nak bersilat dengan media.

agaknya, pas wajar fikirkan satu kursus menguruskan media selain kursus berceramah. kalau boleh, kursuskan sama semua press sec yang ada.

1 ulasan:

mamai berkata...

dia belum baca art of war lagi tu