
KUALA LUMPUR: Isteri Menteri dan Timbalan Menteri perlu menjaga imej diri serta nama baik negara selaras dengan peranan yang digalas suami mereka bagi memastikan mereka dapat memainkan peranan aktif dalam masyarakat di dalam mahu pun luar negara.
Isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, berkata ini
penting kerana mereka akan bersama suami ketika menyambut delegasi dari luar negara atau apabila mereka sendiri ke luar negara."Setiap ahli Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (Bakti) perlu menjaga imej mereka setiap masa di mana saja mereka berada kerana mereka juga mewakili negara serta suami. "
Antara sikap yang perlu diutamakan adalah bersikap ramah, menghormati majlis, merendah diri, tidak diskriminasi dan sentiasa meningkatkanpengetahuan serta ketrampilan diri masing-masing," katanya - berita harian: 14 okt 09
Tiada ulasan:
Catat Ulasan