22 Okt 2009

masa gelap pas

saya taklah terkejut sangat, tapi sekadar kecewa apabila sebuah pertubuhan yang menguar2-kan dirinya pertubuhan islam turut beramal dengan sindrom penafian (denial syndrome) setiap kali kesalahan diarah kepadanya.

menafikan kesilapan pendekatan dan taktik, misalnya, adalah satu daripada contoh kepada amalan itu.

adalah lumrah sifir politik memerlukan pengamalnya lincah mengelak. tapi mengharap dan menyangka orang ramai boleh mudah lupa kepada keterlanjuran - membincangkan unity government, misalnya - dan mudah memaafkan hanya kerana ia dibuat pemimpin adalah sikap naif, amat pramatang dan tebal khilafnya.

itulah, saya katakan bahawa pas sekarang berada dalam kedudukan amat malang. dulu, ketika kerajaan malaysia berketuakan pak lah yang lemah, pas malangnya gagal memanipulasi keadaan kerana ia juga lemah.

sekarang, ketika kerajaan semakin popular di bawah najib, pas gagal berubah, malah popularitinya menurun ketara.

saya macam tak mahu percaya, tapi hakikat tetap hakikat. barangkali sampai masa merudum untuk pas sekarang ini. putaran hayat adalah sama - naik dan turun. dan, barangkali ini masa pas turun.

Tiada ulasan: