
saya masih ingat pagi itu. 26 ogos 2008. subuh di pertengahan waktunya. antara cerah matahari dan fajar, kami berhenti di masjid jalan baru, perai. dalam mamai kerana tak cukup tidur dan penat bermusafir, isteri saya terjelepuk di bibir longkang kerana kakinya dipijakkan ke lubang.
daripada wajahnya, saya tahu sakit ditahannya. tapi kami tak peduli. selesai solat, kami segera ke sekolah kebangsaan penanti dan berdiri di pintu pagar sebelum ia dibuka lagi. ada beberapa anggota polis berkawal.
ya, kami bergegas dari kuala lumpur pada malam itu dan tiba di perai kurang lebih jam 3 pagi. menyewa bilik hotel murah (rm50 untuk tiga jam) di taman inderawasih yang seakan2 'reban ayam'. semuanya demi dua undi di pilihan raya kecil permatang pauh.
bukan. itu bukan kali pertama kami mengundi di permatang pauh. itu kali keempat kami mengundi. tak timbul soal sentimen menyanjung individu tertentu, sebaliknya semata-mata memilih parti yang kami yakin lebih baik daripada umno.
cuma, apabila dato' hamdan abd rahman meninggal dunia dan ust salleh man bertanding, saya bertegas untuk tak mahu campur lagi. bosan yang bukan sedikit. mula2 sibuk nak berpadu atas dasar melayu (selepas bertahun2 orang2 hebat dalam pas mendidik ahlibta supaya mengutamakan agama daripada bangsa. buang karan sungguh!).
sekarang, sibuk nak berjuang hak melayu pula (pedulilah apa pun alasan mereka). lebih memualkan, semuanya didalangi tokoh yang satu ketika dulu bukan main lagi hebatnya bercakap - sementelah dia memang orator mahir - mengajar rakyat itu ini tentang hodohnya barisan nasional.
dan untuk kesekian kali, saya juga mengakui bahawa seseorang yang banyak dan pintar bercakap amat bahaya dipercayai.
