4 Nov 2010

pakcik posmen yang saya pernah kenal

saya tak pasti tahun itu tahun berapa. tapi awal 70-an. itu pasti, sebab saya masih kecil. sebab tu, ingatan saya hanya secebis2 di sana sini. kabur dan samar.

saya tak ingat nama lelaki tua dan nampak renta itu. kecuali ramhut putih yang masih bergayut di pinggir kepala, kepalanya hampir botak seluruhnya. rambutnya pula memutih. cakapnya agak serak dan setiap kali membuka mulut, saya boleh nampak gigi depannya yang jarang2. ada banyak yang dah gugur, barangkali.

dia - lelaki india tua yang saya tak ingat namanya itu - adalah posmen di kampung saya. kampung sungai lampam. dalam uzur dan lelahnya dia adalah penghubung kami di kampung dengan dunia luar. pilihan yang ada ketika itu tak banyak. surat khabar, radio dan televisyen.

surat khabar - sangat jarang dibeli. ada keperluan lain yang lebih penting perlu dibelanjakan duit ayah kami, agaknya. televisyen? saya hanya boleh bermimpi tentang televisyen. atau mungkin istilah tivi itu sendiri tak pernah wujud dalam kepala saya. ada tak ada pun, radio satu2-nya 'syurga' yang menjadi hiburan di rumah.

satu2-nya penghubung kami dengan dunia luar adalah surat. dan posmen india itulah yang banyak berjasa. dalam kampung kami, semua melayu dan posmen itu rasanya tinggal di tempat lain. di bandar, kalau tak salah.

sesuai dengan suasana kampung, uncle posmen itu memang ramah. sambil hulur surat, dia ada masa seminit dua berborak dengan ayah atau emak di depan tangga rumah buruk kami.

saya jadi teringat kepada uncle tu malam tadi. rasanya dia dah lama meninggal. menjelang deepavali ni, saya teringatkan dia. sebab semasa kami berhari raya di kampung, dia dan isterinya meluangkan masa datang meraikan aidilfitri. dalam samar2, saya masih ingat dia mesra berbual dengan ayah dan emak di rumah sambil menjamah kuih raya. dan menghirup teh o, kalau tak salah.

kita berbeza latar, fahaman, agama dan bangsa. tak ada sebab kita bermusuh kalau kita sama2 mahukan keadilan, kesaksamaan dan keharmonian. jangan dihina sesuatu bangsa sebab tak ada mulianya melayu semata2. kalau nak kira mulia kerana bangsa, arab itu jauh lebih mulia. bangsa arab ada nabi. betul, bangsa melayu ada jugak nabi. tapi nabi yang sebutir abuk tak boleh pakai.

ayuh kita berdamai dan bersahabat.

(tapi kalau kamu pedajal orang, rembat harta orang, atau menyokong kelaku2 pedajal dan perembat tu - saya tak rugi bermusuh dengan kamu. pedulilah apa bangsa sekali pun kamu)

Tiada ulasan: