10 Sep 2011

kangkung kongkang kena kangkang

selepas sekian lama, hari ni saya tiba2 teringat kpd satu nama yang pernah memualkan saya. mungkin sebab dah lama, maka saya lupa. dan hari ini saya terkenangkan dia.

saya cuba2 meng-google untuk cari sedikit sebanyak maklumat tentang dia. tak berapa ada. namanya memang ada terselit di sana sini. tapi gambarnya - setakat ini - saya gagal kesan. ada gambar orang lain, tapi bukan dia, sebab saya ingat lagi macam mana muka dia.

saya juga cuba cari artikel2 yang ditulisnya. seingat saya, dia banyak menulis dalam majalah dan akhbar. kalau tak silap - kalau, lah - dia ada kolum tetap di majalah terbitan DBP. di akhbar utusan, pegh! dia bawah sikit dari david teoh, rasanya.

dia ni popular sbb minda dia. saya tak pasti dia umno atau bukan. mungkin umno. tapi ada kemungkinan bukan. cuma yang pasti, tulisan dan minda dia jauh melangkaui, er.... er.... umno. ayat mudahnya, dia lebih umno dari umno. saya yakin, kadang2 orang kuat umno pun tak gamak nak cakap macam mana dia cakap. tapi dia selamber jer!

hebat. bukan calang2 orang boleh buat macam tu. selain dia, rasanya setakat ni yang mampu buat dato' wan ahmad wan omar je yang mampu.

dan malam ni saya terkenangkan doktor faisal othman. kalau tak salah, dia cikgu di fakulti pengajian islam UKM. dan selepas berhempas pulas menjustifikasikan apa saja tentang umno, saya tak jumpa pun dia dalam google.

agaknya doktor zainal kling tu nak buktikan dia bukan faisal othman. agaknya saja.

Tiada ulasan: