4 Dis 2009

sonder nilai

dah baca harakah terbaru? - kata seorang kawan.

saya memandangnya bersahaja. tak ada rasa marah atau benci. atau seronok. cuma tak penting. bukan kawan itu yang tak penting, tapi harakah kini.

ok-lah, saya mengaku masih sesekali mengetuk harakahdaily.net. selepas meng-klik beberapa laman berita dan blog, saya kadang2 rasa buntu sebab dah tak ada benda lain nak dibaca.

oh, ada harakahdaily! dan saya pun mengetuk laman harakahdaily. membaca sekali imbas dan meneliti beritanya kalau ada yang benar2 menarik. ulang: benar2 menarik.

harakah cetak? maaflah.

dulu saya melanggan harakah versi cetak. setahun. biasalah, nak tolong jemaah. tapi kalau datangnya ke rumah dua tiga hari selepas sesuatu edisi terpampang di kedai, apa barang...?

bila ada isu perpaduang, saya menulis surat mahu menghentikan langganan. kalau ada duit/naskhah berbaki, sedekahlah kat siapa2 pun. malangnya surat tu tak sempat diposkan.

dan sampai sekarang, saya tak nampak apa relevannya harakah ini. kecuali di kalangan orang luar bandar atau yang terputus daripada internet. selebihnya - nihil. sonder nilai. hampir2 sama dengan sesetengah orang pas itu sendiri.

1 ulasan:

mamai berkata...

kita pergi negeri sembilan ajer pasti ada nilai