28 Okt 2009

kalau saya hassan ali

1: adakan pertemuan dengan blogger
tapi tentulah tak menyempitkan fikrah dengan hanya menjemput blogger yang nampak bersimpati dengan saya. bahawa blogger yang sealiran akan membantu menyalurkan mesej pasif (tak secara langsung) kepada pelayar internet, blogger yang tak sealiran juga boleh memberi advantage.

lebih daripada itu, saya yakin niat saya jujur dan ikhlas. adalah lebih baik mendengar pendapat daripada rakan dan musuh daripada sekadar memujuk hati sendiri dengan pujian kawan2 sealiran.

2: rajin membuat kerja rumah
walaupun saya memilih untuk mempelawa blogger yang sependapat, MSO bukanlah seorang daripadanya. memanglah saya terlalu sibuk menelaah buku dan menganjurkan kursus ketatanegaraan pada tahun2 1980-an dan awal 1990-an dulu. sebagai seorang yang cerdik dan ada PhD, saya akan membuat kerja rumah dan memahami landskap politik arus perdana dan bukan arus perdana.

oklah, dulu saya sibuk buat kursus ketatanegaraan. kemudian menganjurkan kursus motivasi. kemudian sibuk membuat kursus untuk anak2 sekolah sebelum saya rasa kurang senang (atas sebab tertentu) dan mengisytiharkan masuk pas. sebagai pegawai kanan parti, saya akan minta pembantu buatkan kerja rumah. selidik seramai mungkin orang yang datang mengendeng/mengua hidung yang mancung dan tak mancung. dan MSO akan termasuk dalam selidik saya/kakitangan saya.

dan saya takkan ajak dia saja untuk berbincang. saya akan ajak blogger lain yang tak sehaluan. tapi bukanlah yang jadi balaci umno. selain bertindak bijak, saya juga semestinya berusaha mengelak fitnah.

3: menghabiskan banyak masa di padang ceramah berbanding pentas ceramah
sesekali, elok kalau saya tinjau siapa yang datang mendengar ceramah yang saya buat. atau ceramah rakan2 politik lain. kalau di atas pentas, yang nampak biasanya orang yang duduk bersila, selesa atas kerusi atau pegawai2 parti yang komited.

saya wajib melihat siapa yang datang lagi. adakah pakcik2 tua yang uzur datang dengan semangat berkobar2? adakah pakcik2 dan makcik2 uzur yang di wajah mereka menggunung harapan melihat malaysia yang lebih adil dan berkat? bagaimana adik2 dan kakak2 yang bertakbir dan bertepuk setiap kali saya buat lawak?

adakah saya tergamak mengeliru dan menipu mereka dengan tidak mengawal lidah supaya sentiasa tidak lebih panjang daripada akal?

4: memberi kursus motivasi
saya wajib memberi kursus motivasi kepada ahli pas pelbagai peringkat supaya lebih cerdik, cekap dan tidak malas membaca sifir politik kontemporari. misalnya, mengajar mereka untuk cekap memahami apa yang tersirat di sebalik apa yang tersurat.

tapi sebelum itu, saya lebih wajib berwaspada dan belajar sendiri ilmu ini

5: mencari ketua penerangan baru
saya perlukan seorang pegawai parti yang berani dan bersikap terbuka. bukan pegawai akhbar yang memakai jaket dengan bertulis nama dan jawatan padanya - satu tindakan yang tak pernah dibuat mana2 pegawai akhbar di malaysia.

2 ulasan:

mamai berkata...

lebih banyak turun padang dan meninjau adri duduk dalam pejabat yang sejuk tapi berpeluhkan

rimanilzah berkata...

yang dikatakan pakar motivasi ialah yang pandai berkata-kata bukannya melaksanakan kata-kata.

perjuangan ialah pelaksanaan kata-kata. demikian kata rendra.