29 Okt 2011

sasteralah sangat

semasa bertugas di utara dulu, harian metro ada satu kolum. di mana bumi dipijak namanya. saya dan dua wakil negeri harian metro bergilir2 menulis dalam kolum itu. kolum itu dinamakan sebegitu sesuai dengan stail harian metro (ketika itu) yang gemar menggunakan ungkapan2 melayu lama/peribahasa/pepatah dalam persembahannya.

saya memang suka dengan dasar itu. di sebalik format kontemporari dibawa harian metro, bos akhbar yang lama bergelut dan bertatih - sebelum menjadi supergah pada hari ini - ialah zian johari. walau ada satu dua pendekatannya yang saya kurang suka, tapi jasa dan sumbangannya sangat layak disebut2.

[ok, sambung semula cerita lama.]

kolum di mana bumi dipijak agak bebas kandungannya walaupun pada dasarnya memuat pandangan/pengalaman wakil harian metro di perak, pulau pinang dan kedah/perlis. tak ada banyak masalah sangat kolum ini, kecuali beberapa kali ghaib, sama ada atas sebab kesilapan atau terpaksa bersaing dengan iklan atau berita semasa yang dipilih boh2 di kuala lumpur.

apabila saya bertugas di klang, ada juga kolum untuk wakil di situ. tinta kelang, kalau tidak silap. dan sebagai seorang wartawan kuli yang kebetulan suka menulis, saya pun menulis. tak ada masalah juga, hinggalah apabila saya menulis tentang hubungan manusia dengan sungai. dan saya menggunakan sungai kelang sebagai analogi.

saya mendapat panggilan telefon bernada rungutan. tak ada masalah pada saya pun. dan keesokan harinya kolum itu terbit di satu sudut terpencil yang saya sendiri tak perasan wujudnya. dan mungkin itu adalah tulisan kolum saya yang terakhir untuk harian metro. hinggalah kini.

daripada rakan lain, saya diberitahu boh2 di pejabat tak suka kerana saya terlalu "bersastera". saya tak tahu apa maksudnya dengan "bersastera" itu kecuali sedikit sebanyak ayat dan frasa saya yang agak berbunga. dan memang agak berbunga. bukan terlampau berbunga, sebab menulis dengan penuh bunga2 bukanlah saya.

saya tak mahu hidup saya pada tahun2 2000-an ini diisi dengan mentaliti sastera zaman ahmad rashid talu, misalnya. cukuplah bahasa yang agak santai dan indah sedikit sebanyak tanpa perlu menulis ayat yang jelas dipaksa2-kan bunganya. lagi pula, saya yakin penulis bukan ditugaskan untuk berkhayal. kita bertugas sebagai pengubah, bukan pengkhayal dan mengajak orang lain berkhayal sama tentang utopia.

"boh kata susah nak faham," kata rakan itu.

oh...! saya memang sungguh2 tak tahu. dan tak sangka. rupanya kadang2 kita boleh membuat seseorang berasa dibodohkan dengan kata2 yang dia tak faham.

14 Okt 2011

jais ke, jahat (siri kedua)

lima atau enam tahun dulu saya mula bermukim di sungai buloh. taman biasa utk kuli seperti saya. ketika itu di sepanjang jalan depan rumah saya, tak banyak rumah didiami. saya antara penghuni terawal bagi blok yang saya diami. perlahan2, satu demi satu rumah mula berorang. makin lama makin ramai.

diringkaskan cerita - sebab saya sedang malas bercerita sekarang - kami pun makin ramailah. makin meriahlah. tapi ada satu kekurangan. kami kekurangan surau utk taman fasa kami. tapak surau memang dah ada disediakan pemaju. tapi tak nampak ada harapan surau tu akan dibina dengan segera. tambahan pula mengikut maklumat, pemaju hanya sedia tapak. mau bina surau, penduduk mesti bikin sendiri.

maka disepakati sebuah rumah yang belum diduduki - dan kebetulan pula betul2 di belakang rumah saya - ditukar status jadi surau. maka dibuatlah urusan yang sepatutnya. paling utama, minta kebenaran kepada jais sebagai badan menjaga (er... saya takkan marah kamu kalau kamu mencebik dengan perkataan "menjaga" itu) agama islam di selangor.

diringkaskan cerita (lagi), permohonan itu nampaknya akan diluluskan. dan tiba2 ada seorang lelaki yang menumpang di rumah-yang-akan-jadi-surau itu untuk beberapa hari. drp cakap2 orang surau lelaki itu seorang ustaz yang nak menumpang seminggu dua di situ. dan kami tak pernah membantahnya.

cuma pada saya, ustaz yang itu tak nampak macam ustaz. tapi saya tak cakap apa2. saya diamkan saja.

dan seperti yang saya jangka, ustaz itu pun menghilang beberapa hari kemudian. dan surau kami pun mendapat "tauliah" jadi surau sementara. dan hingga kini saya tertanya2: jais pun ada cawangan khas ke?

12 Okt 2011

jais ke, jahat?

saya masih di tingkatan empat masa tu. sekolah pagi, tapi kejadian ini berlaku pada waktu awal petang. saya dan kawan2 baru saja masuk ke makmal sains sebab masa tu waktu untuk subjek sains. masing2 duduk di kerusi yang di depannya ada meja dan sinki. ada paip di situ. cikgu belum masuk. jadi suasana agak bingit.

kamarol zaman yang duduk di barisan depan tiba2 meminta sesuatu daripada saya. tak ingat apa yang dia minta, tapi disebabkan saya dan dia akrab, saya benarkan dia membuka beg sekolah. ambil sendiri apa yang dia nak pinjam. dan saya meneruskan kesibukan yang tak ada kena-mengena dengan buku atau ilmu sains yang sepatutnya saya tekuni ketika itu.

maklumlah, cikgu pun belum masuk. apa barang mau belajar? uhuk!

lagi pun saya tak berniat jadi saintis. saya mahu jadi pengarang. uhuk! uhuk!

tiba2 kamarol zaman tergelak besar ketika tangan kirinya memegang beg hijau saya dan sebahagian daripada tangan kanannya ada dalam beg itu. kepalanya tertunduk sedikit sebab menjenguk barang dalam beg itu.

"oi! engko dengar ahmad jais?" kata dia agak kuat. dia tergelak besar melihat ada kaset ahmad jais dalam beg sandang saya. kaset tu baru saya beli di supermarket di teluk intan.

(cis!)

ya, dalam usia 16 tahun, saya menggemari ahmad jais. dan selepas berusia lebih 40 tahun, saya masih menggemari suara dan lagu ahmad jais. jadi, semalam, apabila saya mendapat tahu ahmad jais sudah dipanggil Allah, pastilah saya sedih. memanglah itu takdir dia. sampai masa dia diambil nyawa, nak buat macam mana. tapi tentulah tak salah kalau saya sedih, kan?

tapi ada satu lagi jais yang buat saya sakit hati. dan rasa sakit hati itu - ya, elok juga - menyebabkan saya kurang sedih lagi kepada kematian ahmad jais. jais yang lagi satu itu tak habis2 bikin kecoh. sibuk pasal tauliahlah. sibuk nak hendap orang berceramahlah. bila ada orang pergi gereja, marah. bila orang minta bantuan zakat, punya la payah. kecoh2 siasat, tapi bukti tak cukup.

chis! bikin malu sama agama saja!

1 Okt 2011

folie a deux

folie a deux ialah sejenis penyakit halusinasi atau kegilaan yang unik. tidak seperti penyakit jiwa lain, folie a deux ini dianggap folie a deux kerana ia berjangkit. kegilaan yang dikongsi oleh lebih daripada seorang.

sifat penyakit folie a deux menjadikan penghidapnya susah nak dikenali tanpa mereka didekati secara langsung. tidak seperti kebanyakan penyakit jiwa, folie a deux menjadikan seseorang itu boleh saja kelihatan segak dan bergaya, malah dalam keadaan tertentu penghildang folie a deux mungkin nampak lebih hebat dan bergaya daripada orang normal.

mengikut kajian saya (che... korang ingat doktor fadzilah kamsah sorang je ke yang boleh claim dia buat kajian itu ini? mentang2 la dia pandai bercakap, korang terus je percaya "berdasarkan kajian saya" yang dia selalu ulang2 tu...), penghidap folie a deux selesa berada dalam dunia halusinasinya. dia tak tahu dan tak percaya kalau dia diberitahu dia gila.

dalam keadaan tertentu, mereka (ya, saya gunakan mereka sbb folie a deux ni dideritai secara beramai2. berkelompok) mereka akan marah bagai nak gila kalau diberitahu apa yang mereka percaya adalah cuma halusinasi. khayalan. fantasi. masalah akan jadi lebih besar kalau halusinasi itu mereka imani sejak berdekad2 lamanya.

percaya bahawa gerombolan mereka saja satu2-nya yang berjuang untuk merdeka, misalnya. percaya malaya tak dijajah british, satu lagi misalan. atau kamu mungkin lebih mudah faham kalau saya berikan contoh misalan seperti gimik seseorang anak bangsawan menaiki bas berjumpa rakyat jelata. ya, itu mungkin contoh yang lebih kontemporari, ya.

(kamu tahu? semasa barack obama berkempen di seluruh amerika dulu, selain kapal terbang, dia menggunakan bas. ya, tentulah bukan bas seperti bas ekspres jalan duta - alor setar, tapi sesuailah dgn status obama sebagai calon presiden. so, anak bangsawan berjumpa rakyat jelata menaiki bas sama sekali bukan gambaran seseorang itu berjiwa rakyat. bukan.)

ikut kajian yang saya buat (ya.... betul, bukan doktor fadzilah kamsah sorang je yang reti buat kajian. orang yang tak berapa pandai bercakap pun reti buat kajian ya) penghidap folie a deux mungkin boleh disembuhkan tanpa ubat kalau mereka dipisahkan.