28 Sep 2010

hata yang saya tak kenali

saya kenal nama hata wahari ini semasa baru2 kerja dulu. masa saya sibuk di meja jenayah. bersama seorang (bekas) sahabat karib, saya selalu mendengar dia menyebut nama hata. kami sama2 muda, sama2 baru kerja di media arus perdana (maksud saya, kerja di syarikat akhbar yang besar. perdana atau tidak - dalam dunia siber dan maya yang meletup2 sekarang - itu subjektif).

daripada (bekas) sahabat karib itu, saya selalu mendengar nama hata. puncanya bukan apa. kata (bekas) sahabat karib itu, hata cuba tackle aweknya. kebetulan pula awek (bekas) sahabat karib saya tu juga wartawan. dia kerja di harian watan. kira2 kami sama2 di meja crime. cuma saya mungkin tak pernah bersemuka dengan hata di mana2 lokasi atau pc. mungkin pernah, tapi saya tak ingat.

dan selepas belasan tahun, saya tak lagi buat liputan berita jenayah. (bekas) sahabat karib saya pun terpelanting jauh. bukan saja tak buat berita jenayah. sekarang dia tak buat berita langsung! hata juga dah jadi wartawan kanan di utusan. dah cover perdana menteri dan menteri2.

sesekali saya ada ternampak dia di tempat assignment. dan tak ada apa nak dibualkan. dia wartawan kanan. saya wartawan kiri. apa nak buat. nasib.

dan rupa2-nya hata menang jawatan presiden nuj. ya, saya adalah seorang daripada pengundi dia tanpa tahu dia bagaimana dan ke mana arah pandangannya dalam nuj. saya cuma mengundi sebab saya nak mengundi dia. rupa2-nya, pilihan saya mungkin tak salah. melihat pendirian dan pandangan hata, saya rasa saya patut hormat dia.

tak ramai wartawan yang berani macam dia (yang saya nampak la). mungkin ramai yang berpendapat sama macam dia, tapi tak ramai yang berani. isunya sekarang adalah: keberanian. saya pun mengaku siap2 tak berani, sebab saya lebih suka kerja selamat. maklumlah, dah la gaji ciput, orang pulak macam tak suka. silap2 hari bulan kena buang, jenuh nak tahan gigi kunyah pasir nanti.

saya teringat kepada pak said zahari. tokoh yang saya teringin sangat nak jumpa tapi tak dapat2 nak jumpa. nak harap kawan2 macam fazalah, memang tak boleh harap!

er, kamu tahu - ada bekas bos saya - juga wartawan, pastinya - pernah tanya: siapa said zahari?

13 Sep 2010

publisiti

saya masih agak ingat peristiwa itu. walaupun tarikh sebenar dah lupa, tempatnya masih jelas. ia mungkin sekitar 1991 atau 1992. mungkin juga 1993. tapi kemungkinan besar 1992. lokasinya, bangunan annex sebelah central market. masa tu ada dua atau tiga cineplex di situ.

saya rajin juga menonton wayang di situ. boring di tempat kerja dan malas nak balik ke taman gombak awal2, saya menonton wayang.

pada satu senja, saya nampak seorang lelaki cina gempal dan agak pendek. misai yang dua tiga helai tersisir rapi. baju t ber-tug in dalam seluar slek. rambut hitam berminyak. dia bawak sorang atau dua anak. ada juga lelaki melayu - seorang atau berdua. mereka menonton wayang entah cerita apa.

disebabkan kehebatan saya, segera saya tahu dan kenal lelaki itu orang besar berjaya group. vincent tan. masa tu nama dia agak popular tapi tak sepopular hartawan dan penerbit filem zaman la ni. doktor rozmey, misalnya. harta vincent tan juga berbukit2 walaupun tak segah filem dua alam doktor rozmey.

dan sebenarnya, dia - dan hampir semua orang hartawan dan kayawan di mana2 dalam dunia - tak gemarkan (atau dinasihat supaya jgn gemar) publisiti. tengok la tan sri syed mokhtar al-bukhary. atau ananda krishnan. atau robert kuok (ah, saya memang mengimani semangat 1 malaysia, kan? heh heh).

ramai orang tahu/kenal nama2 mcm vincent tan, syed mokhtar, ananda, robert kuok dan tokoh2 lain yang sewaktu dengannya. tapi mereka sangat jarang muncul dalam media. bergaya dengan bow dan menunjuk tanda 'bagus' utk mempromosi ubat buang lemak, misalnya. atau menayang kereta dan rumah agam, satu lagi misalannya.

dan apa masalah mereka? langsung tak diketahui. apa keseronokan mereka? hampir tiada siapa tahu. apa warna kereta mewah masing2? sangat ramai tak tahu.

dan lebih penting, keselamatan mereka mungkin lebih terjamin. setakat ini tak ada yang rentung kena bakar.

mudah2-an dato sosilawati dirahmati. amin.

2 Sep 2010

tahniah, tuan IGP

tahniah tan sri ismail omar. bakal ketua polis negara.

ketika saya selalu jumpa dia dulu di bukit mertajam sekitar 1997 - 1998, saya tak pernah sangka dan tak nampak muka dia akan jadi IGP. tapi ya lah. saya cuma tengok muka, tak tengok kaki dia. saya lupa orang selalu kata: "tengok kaki lah!"

dulu - 1997/1998 - beliau adalah OCPD seberang prai tengah. bagi kebanyakan crime reporter, dearah itu memang diketahui 'panas'. macam2 ada. antara lain, kedudukan seberang prai tengah dan bandar utamanya, bukit mertajam, yang strategik. ia berada di antara georgetown (penang), kulim/lunas/sungai petani (kedah) dan parit buntar (perak).

bukit mertajam juga ada industri pengangkutan yang rancak. lori pengangkut barang, misalnya.

sebagai lokasi panas, ada banyak jugalah insidennya. dan insiden2 itu menjadi penyambung kerja saya dan kawan2 lain. selalu ada sidang akhbar di pejabat tuan ismail. kadang2 kami buru dia melalui telefon. kadang2 kami ikhtiar cari info melalui sumber2 lain dan minta beliau sahkah.

pernah satu ketika, geng seluar dalam (didalangi pendatang asing) mengganas di sekitar bukit mertajam. uniknya geng ini, mereka menyerang/memecah masuk rumah orang bukan islam saja. mungkin ada rumah orang islam dipecah masuk, tapi tak ada dalam pengetahuan saya.

ditakdirkan, satu daripada rumah yang dipecah masuk terletak kira2 150 meter dari rumah saya sewa di taman kota permai. dari pintu depan, saya boleh nampak sedikit sebanyak lokasi itu. geng seluar dalam memecah masuk tapi takdir ajal mereka dah sampai. ada polis dan - kalau tak salah - ada dua yang ditembak mati. mayat ditemui dalam belukar di belakang taman itu.

dan ada juga yang terlepas. tuan ismail dan geng D9 mengepung dan menjejak perompak yang bebas tu. dipercayai, dia cedera agak parah.

saya masih ingat kejadian tu hari jumaat. saya dan kawan2 juga ada ikut tengok macam mana polis buru suspek tu. taman kota permai dan sekitarnya adalah antara kawasan yang dikepung.

hari itu hari jumaat. tuan ismail mengetuai pemburuan. sampai tengah hari, dia arah senior IO teruskan buruan.

"i nak pi sembahyang dulu," kata dia.

senior IO itu senyum.

suspek itu akhirnya ditahan juga. tapi bukan hari itu. juga bukan di sekitar kawasan itu. dua atau tiga hari kemudian. di luar bukit mertajam.

bagi saya, tuan ismail seorang pegawai polis yang mesra dan merendah diri. saya pernah terserempak dengan dia dan keluarganya di sebuah restoran di jalan jelatek. malam ketika itu. saya dan isteri menegur dan dia - rasanya - boleh ingat lagi kami selalu 'kacau' dia ketika di bukit mertajam walaupun semasa kami jumpa itu, dia bertugas di bahagian pendakwaan bukit aman (kalau tak salah).

ketiga gelombang reformasi hangat, tuan ismail adalah OCPD seberang prai tengah. cheruk to' kun berada dalam wilayah itulah. tuan ismail nampak tenang dan cerdas mengawal situasi - tanpa provokasi - walaupun keadaan sangat genting semasa itu. anwar ibrahim belum ditangkap.

satu hari, saya dan seorang dua kawan duduk di depan meja tuan ismail untuk mencari berita. kami berborak sedikit sebanyak.

"you percaya tuduhan kat anwar?" kata dia.

saya dan kawan senyum. serba salah nak jawab. salah jawab, nanti rosak mood.

"dia betul buat macam tu," kata tuan ismail.

tahniah, tan sri!