30 Okt 2009

kena santau

saya masih ingat2 lupa peristiwa tu. mungkin akhir atau pertengahan 1970-an. tak pernah saya nampak abang saya menangis sesedih itu. sebabnya - kawan baik dia yang uzur menghembuskan nafas terakhir di hospital. saya tak ingat banyak, cuma yang pasti, kawan abang saya tu kerja di tapah road. kakitangan kerajaan, rasanya.

saya hanya tahu dia disantau. mana saya tau apa santau masa tu. tapi lama-kelamaan, baru saya tau penangan santau.

tanpa disedari - atau terlewat untuk disedari - santau adalah antara pembunuh paling zalim. penghidapnya menderita lama dan banyak. makan dalam, kata orang.

racunnya pulak bukan calang2 anak. ada miang buluh. ada serbuk kaca. ada rambut. ngeri, beb.
silap boleh berlaku sekelip mata. tanpa disedar. malah, kadang2 dihulur dalam suasana mesra, baik dan muhibbah. sekali termakan, jenuh nak ubat.

kalau dah berubat, belum tentu pulih. nak kebah pun bukan senang, inikan pulih.

kalau dah keluarkan racun2 tu, entah berapa lama nak sembuh. badan kekal kurus, menderita. itu tak boleh, ini pantang. itu sakit, ini tak senang. tidur tak lena. hanya ketabahan dan kesungguhan boleh mengubah keadaan. itu pun, calar-balar dalam badan dah terjadi. ada parut sana sini.

macam luka pada kulit. darah boleh kering, luka boleh sembuh. parut masih ada. itulah padahnya termakan umpan. kadang2 umpan dihulur dalam suasana mesra, baik, berpeluk2 dan muhibbah. sekali termakan, jenuh nak ubat.

(eh, ngapa aku rasa macam cakap pasal pas pulak nih...? heh heh)

28 Okt 2009

kalau saya hassan ali

1: adakan pertemuan dengan blogger
tapi tentulah tak menyempitkan fikrah dengan hanya menjemput blogger yang nampak bersimpati dengan saya. bahawa blogger yang sealiran akan membantu menyalurkan mesej pasif (tak secara langsung) kepada pelayar internet, blogger yang tak sealiran juga boleh memberi advantage.

lebih daripada itu, saya yakin niat saya jujur dan ikhlas. adalah lebih baik mendengar pendapat daripada rakan dan musuh daripada sekadar memujuk hati sendiri dengan pujian kawan2 sealiran.

2: rajin membuat kerja rumah
walaupun saya memilih untuk mempelawa blogger yang sependapat, MSO bukanlah seorang daripadanya. memanglah saya terlalu sibuk menelaah buku dan menganjurkan kursus ketatanegaraan pada tahun2 1980-an dan awal 1990-an dulu. sebagai seorang yang cerdik dan ada PhD, saya akan membuat kerja rumah dan memahami landskap politik arus perdana dan bukan arus perdana.

oklah, dulu saya sibuk buat kursus ketatanegaraan. kemudian menganjurkan kursus motivasi. kemudian sibuk membuat kursus untuk anak2 sekolah sebelum saya rasa kurang senang (atas sebab tertentu) dan mengisytiharkan masuk pas. sebagai pegawai kanan parti, saya akan minta pembantu buatkan kerja rumah. selidik seramai mungkin orang yang datang mengendeng/mengua hidung yang mancung dan tak mancung. dan MSO akan termasuk dalam selidik saya/kakitangan saya.

dan saya takkan ajak dia saja untuk berbincang. saya akan ajak blogger lain yang tak sehaluan. tapi bukanlah yang jadi balaci umno. selain bertindak bijak, saya juga semestinya berusaha mengelak fitnah.

3: menghabiskan banyak masa di padang ceramah berbanding pentas ceramah
sesekali, elok kalau saya tinjau siapa yang datang mendengar ceramah yang saya buat. atau ceramah rakan2 politik lain. kalau di atas pentas, yang nampak biasanya orang yang duduk bersila, selesa atas kerusi atau pegawai2 parti yang komited.

saya wajib melihat siapa yang datang lagi. adakah pakcik2 tua yang uzur datang dengan semangat berkobar2? adakah pakcik2 dan makcik2 uzur yang di wajah mereka menggunung harapan melihat malaysia yang lebih adil dan berkat? bagaimana adik2 dan kakak2 yang bertakbir dan bertepuk setiap kali saya buat lawak?

adakah saya tergamak mengeliru dan menipu mereka dengan tidak mengawal lidah supaya sentiasa tidak lebih panjang daripada akal?

4: memberi kursus motivasi
saya wajib memberi kursus motivasi kepada ahli pas pelbagai peringkat supaya lebih cerdik, cekap dan tidak malas membaca sifir politik kontemporari. misalnya, mengajar mereka untuk cekap memahami apa yang tersirat di sebalik apa yang tersurat.

tapi sebelum itu, saya lebih wajib berwaspada dan belajar sendiri ilmu ini

5: mencari ketua penerangan baru
saya perlukan seorang pegawai parti yang berani dan bersikap terbuka. bukan pegawai akhbar yang memakai jaket dengan bertulis nama dan jawatan padanya - satu tindakan yang tak pernah dibuat mana2 pegawai akhbar di malaysia.

25 Okt 2009

bagaimana cara pas (yang bijak) mahu mengambil sikap




kerana kesuntukan masa (dan saya pun rasa nak melepak tak puas2 sepanjang sabtu dan awal pagi ahad), saya tak sempat mencari banyak maklumat mengenai cadangan nik aziz supaya pas adakan EGM. tapi dalam asyik melepak tak puas2 tu pun, saya dapat tahu tpm ada bagi komen. memang komen yang sedap untuk umno sebab isu tu mengena pada pas.

dalam keadaan (sesetengah) ahli pas semakin manja dan malas berfikir - dan punya la payah nak paham mesej kalau berkias - mungkin kita boleh mengambil sedikit petua untuk menentukan sikap dalam krisis parti pas yang tak berkesudahan ini.

saya tak ingat siapa yang mulakan atau tak tahu daripada mulut siapa 'formula' ini, tapi saya mendengarnya dan mengingatinya hingga sekarang selepas almarhum dato' fadzil noor berucap menyampaikannya. kata beliau, kita yakin berada dalam posisi betul kalau musuh marah pada kita. maksudnya, makin marah musuh, makin benar dan betul posisi perjuangan kita.

ia adalah falsafah yang mudah dan polos - kecuali bagi manusia yang malas nak berfikir lebih daripada satu lapis.

macam menjelang muktamar pas di shah alam baru-baru ni. musuh pas (termasuklah utusan malaysia, tv3 dan sekutunya yang lain) bersungguh2 nakkan husam kalah. mesejnya mudah kalau kita faham falsafah polos disebutkan almarhum ust fadzil tadi.

tapi masalahnya, majoriti ahli pas malas berfikir lebih daripada selapis. selepas bertahun2 memaki dan menyumpah seranah media arus perdana, ketika memangkah barisan kepimpinan terkini pas, mereka 'dengar dan taat' kepada mainan propaganda media arus perdana.

tahniahlah, sebab dikeranakan sikap 'kami dengar dan kami taat' itu, pas masih bergelut menepis krisis sampai sekarang.

begitu juga dengan saranan terbaru nik aziz. muhyiddin awal2 lagi dah kasi smash. dipercayai, dendangan lagu sama akan dimainkan semua pemimpin umno untuk mengolah pandangan umum tentang pas. media arus perdana adalah alat yang terbaik.

amat menarik untuk melihat - tapi bersedialah lagi untuk kecewa dan menangisi kebebalan diri - bagaimana sikap ahli pas dalam isu ini. diyakini, umno dan pecacai2-nya akan mempertahankan supaya EGM tidak perlu diadakan. dan bagi golongan yang 'kami dengar dan kami taat' tadi, diyakini juga mereka akan yakin bahaw EGM tak perlu untuk pas.

tapi, katakanlah EGM akhirnya dibuat juga, propaganda itu dijamin 99.99% akan terus dimainkan. nik aziz dan pengikut kumpulan anti-UG akan kecewa. peratusannya juga mungkin 99.99%.

sebab? perwakilan yang pergi ke muktamar dan yang akan memangkah undi adalah perwakilan terpilih yang menjalani doktrin 'taat dan dengar'. atau sekurang2-nya, mereka adalah perwakilan yang malas berfikir lebih daripada selapis.

apa nak buat. pas kini menjadi mangsa kepada doktrin yang ditanam pemimpinnya sejak puluhan tahun dulu.

24 Okt 2009

konspirasi aziz bari dan nik aziz

tak ramai yang tahu, sebenarnya prof aziz bari adalah ejen provokatur yang sengaja ditanam CIA lama sebelum dia mula terkenal sebagai intelek yang menegur pemerintah. dia mengambil masa agak lama sebelum memulakan langkah melunaskan misi ditetapkan untuknya.

untuk meyakinkan orang ramai, beliau bertugas sebagai profesor undang2 di universiti islam antarabangsa. selain sebuah universiti yang menjadi perhatian pelbagai mahasiswa negara asing, imej institusi pengajian tinggi itu yang menggunakan istilah 'islam' adalah nilai tambah untuk aziz bari menanam keyakinan bahawa dia benar2 ikhlas dalam tugasnya.

jarum jahat aziz bari mula berjalan sejurus selepas dato' seri anwar ibrahim dipecat daripada jawatannya pada 1998. dia mula menonjol sebagai pakar perlembagaan yang banyak menyebelahi pembangkang.

apabila isu perak terjadi, aziz bari banyak sekali memberi pandangan dan semuanya menguntungkan pakatan rakyat.

selepas kredebilitinya sukar dipertikaikan, dia mula memasuki fasa lebih dalam dengan mencetuskan idea supaya presiden pas, dato' seri abdul hadi awang, digantikan dengan tokoh lain yang lebih jelas arah perjuangannya berbanding ahli parlimen marang itu yang dilabelnya sebagai 'pro-umno'.

grand design CIA semakin melebar apabila menteri besar kelantan pula melancarkan serangan preemptive dengan melemparkan idea supaya pas mengadakan mesyuarat agung luar biasa sama seperti mca dan umno. ia adalah tindakan bijak dan mencetuskan gelombang penentangan terhadap ustaz hadi awang.

apabila ustaz hadi disingkirkan, akan dinaikkan pula tokoh lain yang lebih islamik dan memenuhi cita rasa majorti warga malaysia yang sudah jemu kepada umno. namun, rahsia yang lebih besar, di sebalik ketokohan pemimpin itu, dia sebenarnya adalah ejen anwar ibrahim. anwar ibrahim pula adalah sahih ejen amerika.

anda wajib meyakini dan mempercayai maklumat ini sama seperti anda wajib meyakin dan mempercayai bahawa umno adalah parti islam yang paling unggul dan maksum dalam dunia.

22 Okt 2009

ada apa (lagi) dengan pas?

hanya kerana kritikan terhadap barisan kepempimpinan, pas mengecam habis2-an prof aziz bari seolah2 dia tak pernah memberi kredit kepada parti itu.

alamak! apa sudah jadi? adakah benar pas sekarang lebih kurang sama saja dengan umno? atau, adakah pas kini mencapai taraf maksum?

masa gelap pas

saya taklah terkejut sangat, tapi sekadar kecewa apabila sebuah pertubuhan yang menguar2-kan dirinya pertubuhan islam turut beramal dengan sindrom penafian (denial syndrome) setiap kali kesalahan diarah kepadanya.

menafikan kesilapan pendekatan dan taktik, misalnya, adalah satu daripada contoh kepada amalan itu.

adalah lumrah sifir politik memerlukan pengamalnya lincah mengelak. tapi mengharap dan menyangka orang ramai boleh mudah lupa kepada keterlanjuran - membincangkan unity government, misalnya - dan mudah memaafkan hanya kerana ia dibuat pemimpin adalah sikap naif, amat pramatang dan tebal khilafnya.

itulah, saya katakan bahawa pas sekarang berada dalam kedudukan amat malang. dulu, ketika kerajaan malaysia berketuakan pak lah yang lemah, pas malangnya gagal memanipulasi keadaan kerana ia juga lemah.

sekarang, ketika kerajaan semakin popular di bawah najib, pas gagal berubah, malah popularitinya menurun ketara.

saya macam tak mahu percaya, tapi hakikat tetap hakikat. barangkali sampai masa merudum untuk pas sekarang ini. putaran hayat adalah sama - naik dan turun. dan, barangkali ini masa pas turun.

tun pun meluat



KUALA LUMPUR: Isteri Menteri dan Timbalan Menteri perlu menjaga imej diri serta nama baik negara selaras dengan peranan yang digalas suami mereka bagi memastikan mereka dapat memainkan peranan aktif dalam masyarakat di dalam mahu pun luar negara.

Isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, berkata ini
penting kerana mereka akan bersama suami ketika menyambut delegasi dari luar negara atau apabila mereka sendiri ke luar negara.

"Setiap ahli Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (Bakti) perlu menjaga imej mereka setiap masa di mana saja mereka berada kerana mereka juga mewakili negara serta suami. "

Antara sikap yang perlu diutamakan adalah bersikap ramah, menghormati majlis, merendah diri, tidak diskriminasi dan sentiasa meningkatkanpengetahuan serta ketrampilan diri masing-masing," katanya - berita harian: 14 okt 09



20 Okt 2009

1bangsamelayutakcerdik

lena pagi saya dikejutkan dengan panggilan daripada isteri. dia minta datang ke kedai tayar kerana tayar myvi-nya pancit. tak dapat diselamatkan lagi. tak boleh ditampal lagi.

maka dengan kelat kelopak mata, saya bersiap dan menggagahkan diri ke kedai tayar teck li yang terletak kira2 3 km dari rumah. kedai cina yang pernah dua tiga kali saya kunjungi untuk menyumbat lubang pada tayar kereta. juga membetulkan alignment kereta.

ada tiga petugas di situ, termasuk seorang yang saya anggap pengurus merangkap kuli. daripada tiga mereka, dua adalah cina dan seorang melayu.

sambil melihat si pengurus merangkap kuli itu membetulkan tayar, saya duduk di kerusi plastik di tepi kedai. leka juga melihat dia bekerja. sesekali dia terpaksa melintas di depan saya. dan setiap kali melintas itu juga dia akan membongkokkan diri tanpa hormat.

pada ketika lain, pekerja lain juga melintas di depan dan belakang saya. dan tak pernah gagal untuk dia tidak membongkokkan diri. atau sekurang2-nya memberi gambaran hormat.

nota: pekerja yang tak tunduk itu adalah bangsa melayu.

insiden itu memang tidak mengubah persepsi saya sebenarnya. bahawa bangsa melayu kaya dan bangga dengan ego bodoh sombong. juga tak cerdik dalam bertindak berbanding bangsa cina.

ya, saya cuba untuk tidak bercakap tentang politik. tapi itulah, realiti memaksa saya melihat bahawa dalam semua aspek, bangsa melayu masih tegar dan setia kepada kebodohan.

18 Okt 2009

syok sendiri

saya menyangka untuk menjadi seorang blogger, penulis perlu memiliki jiwa yang besar dan kental. bahawa menulis dan menyampaikan pendapat menjadi agenda utama blogger, menerima dan bersikap terbuka kepada komen adalah satu lagi kriteria untuk membolehkan seseorang blogger dihormati.

tetapi bagi sesetengah orang, memiliki blog sendiri bermakna dia berkuasa mutlak ke atas blog itu dan hanya menerbitkan komen2 yang menyedapkan hati. kalau ada komen yang menegurnya, dia simpan ke mana pun tak tau.

dan lebih malang kalau blogger itu adalah tokoh sesebuah parti yang diberi jawatan.

15 Okt 2009

berita hari ini

kawasan pesisir pantai port dickson gempar pada awal pagi isnin lalu apabila orang ramai menemui seorang lelaki dengan kesan lebam dan bengkak di seluruh badan, dipercayai akibat dibelasah dalam pergaduhan beberapa jam sebelum itu.

lelaki belum disahkan identitinya itu dikatakan berusia lewat 50-an.

menurut sumber, lelaki tersebut pada mulanya datang ke port dickson dengan yakin bahawa dia mampu memberi kejutan kepada lawannya - seorang pewaris yang pernah disebat enam kali di bontotnya.

"lelaki malang itu percaya dia diterima orang ramai kerana selama ini dia tidak pernah disebat di bontotnya.

"bagaimanapun, tanpa disedari, segala pergerakan dan perbualannya serta perancangannya memang sudah diketahui sejak awal. antara lain, lelaki tersebut sudah diberi ubat santau berjenama perpaduan melayu dan umpan berjenama unity lama sebelum dia datang.

"malang sekali ketika dia cuba membuka bunga silatnya, mata kail berumpan unity di tenggoroknya banyak kali menyebabkan dia tenggelam punca," katanya.

pemerhati berkata, beberapa tok guru dan pawang yang dibawa khas ke tepi gelanggang gagal mengubah kedudukan sehingga saat akhir.

seorang lelaki segak dengan rambut belah tengah juga datang, tetapi dikatakan lebih memburukkan keadaan.

"setiap kali dia (lelaki belah tengah) datang bersama rombongannya, setiap kali itu jugalah ilmu pencak lelaki berusia lewat 50-an itu pudar sedikit demi sedikit," kata sumber lain.

13 Okt 2009

kalau lidah lebih panjang daripada akal

"ada kesan ka?" kata seorang sahabat lama dari penang.

saya menerima sms daripadanya ketika lepak2 di restoran syed di bangsar. panas hati masih ada. kecewa tak la sangat, sebab dah jangka pun.

sebelum sms tu masuk ke hp murah saya, saya memberi tahu sahabat itu bahawa orang bukan melayu dan melayu muak, meluat dan melugai dengan kerenah sesetengah aktivis pas yang bercakap banyak. dah la bercakap banyak, tak ada pedoman dan tomakninah pulak tu.

kalau orang yang hijau pekat pun meluat, bagaimana dengan orang yang pekat2 manja atau orang atas pagar?

"ada kesan ka?" tanya sahabat lama saya dari penang tu.

saya katakan - ada. percayalah. tambahan pula di bagan pinang tempat kubu ameno tu. usahkan melayu, cina dan india pun meluat kat pas.

"tapi ust halim (nasir) backing hasan ali," katanya lagi.

oh, ya. di kawasan kampung melayu - terutama di negeri2 yang dikuasai pakatan rakyat - aktiviti kuliah dan ceramah memang meriah. atau semakin meriah. dan di situ juga pejuang2 kerajaan perpaduan menanam doktrin diilhamkan hasan ali and the gang (atau THE gang & hasan ali).

program komunikasi sehala itu (mana ada orang bersoal jawab semasa kuliah, kan?) adalah senjata ampuh untuk mengolah persetujuan ahli2/penyokong pas.

memanglah ada blog dan laman web. tapi berapa kerat yang baca blog/laman web.
ok-lah. ramai yang baca blog dan laman web. betul. tapi berapa ramai perwakilan pas yang baca blog/laman web?

untuk dua tiga tahun akan datang, saya terpaksa bersikap lebih sabar melihat ulah geng2 unity goverment ni. dan puak2 so called erdogang, kamu punya tugas berat memastikan pas tetap relevan di malaysia.

10 Okt 2009

aksara bersusun

  • “Viva Italy, Viva Berlusconi!" — pm itali, silvio berlusconi, memberi reaksi terhadap tuduhan rasuah dihadapi selepas kekebalannya dibatalkan mahkamah. undang2 memberi kekebalan kepada berlusconi dibawa ke parlimen oleh - berlusconi sendiri.

  • “I am absolutely the person the most persecuted by the judiciary of all times, in all history and of anywhere in the world.”berlusconi (lagi), merujuk kepada lebih 2,500 kemunculannya di mahkamah dan membelanjakan lebih rm1 bilion untuk mempertahankan diri.

  • “What I want is to die as soon as possible.” — bekas raja kemboja, norodom sihanouk, yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-87 hujung bulan ini.

  • “If after umpteen days the bodies are broken, if we dig them up, probably their arms will break off, their legs will break off. It’s no good.” — gabenor sumatera barat, gamawan fauzi, menjelaskan mengapa sesetengah kawasan bencana gempa bumi diisytiharkan sebagai kubur.

  • “I believe the niqab is not an obligation, but it is a benefit. Why ban it from Al-Azhar? It’s a religious institution, not a belly dancing academy.” — ahli parlimen ikhwanul muslimin, hamdi hassan, mengenai pengharaman purdah oleh sheikh tantawi.

2 Okt 2009

barangkali betul - (sesetengah) politikus tak boleh dipercayai


saya masih ingat pagi itu. 26 ogos 2008. subuh di pertengahan waktunya. antara cerah matahari dan fajar, kami berhenti di masjid jalan baru, perai. dalam mamai kerana tak cukup tidur dan penat bermusafir, isteri saya terjelepuk di bibir longkang kerana kakinya dipijakkan ke lubang.



daripada wajahnya, saya tahu sakit ditahannya. tapi kami tak peduli. selesai solat, kami segera ke sekolah kebangsaan penanti dan berdiri di pintu pagar sebelum ia dibuka lagi. ada beberapa anggota polis berkawal.


ya, kami bergegas dari kuala lumpur pada malam itu dan tiba di perai kurang lebih jam 3 pagi. menyewa bilik hotel murah (rm50 untuk tiga jam) di taman inderawasih yang seakan2 'reban ayam'. semuanya demi dua undi di pilihan raya kecil permatang pauh.


bukan. itu bukan kali pertama kami mengundi di permatang pauh. itu kali keempat kami mengundi. tak timbul soal sentimen menyanjung individu tertentu, sebaliknya semata-mata memilih parti yang kami yakin lebih baik daripada umno.


cuma, apabila dato' hamdan abd rahman meninggal dunia dan ust salleh man bertanding, saya bertegas untuk tak mahu campur lagi. bosan yang bukan sedikit. mula2 sibuk nak berpadu atas dasar melayu (selepas bertahun2 orang2 hebat dalam pas mendidik ahlibta supaya mengutamakan agama daripada bangsa. buang karan sungguh!).


sekarang, sibuk nak berjuang hak melayu pula (pedulilah apa pun alasan mereka). lebih memualkan, semuanya didalangi tokoh yang satu ketika dulu bukan main lagi hebatnya bercakap - sementelah dia memang orator mahir - mengajar rakyat itu ini tentang hodohnya barisan nasional.


dan untuk kesekian kali, saya juga mengakui bahawa seseorang yang banyak dan pintar bercakap amat bahaya dipercayai.