29 Dis 2009

anual bakri

mula2 khabar angin. kemudian angin tu bertiup kencang. hari ni, nampak macam nak jadi ribut. tapi anual bakri masih bermadah dan berhelah menutup kepastian.

saya tertanya2, adakah kerana ini dia akan kehilangan kerjanya?

dan lebih penting - adakah begini kesudahan cerita anak-beranak-menantu di kelantan?

21 Dis 2009

sajak cinta kekanda bong pada dinda zizi

maghilah adindo kusaye
abe dendangkan denge
kato chinto besalut charut
pado piyah huje
menyire bocor bumbung dewe

maghilah adindo
maghi saye

abe ado kayu hikmat ajaib
dari sebere laut cino selate

abe perwiro melayu
patun abe ado makno
gurinde abe ado power

hoh!
lloni adindo
terkulai kebocore
di silat lidoh kando

(sajak ini ada versi lain di sini)

* terima kasih nfaizal.

19 Dis 2009

jawab, jangan tak jawab

sesekali, saya jadi 'penyegan' dan tiada idea untuk meng-up-date-kan blog. mungkin sama dengan seorang blogger ini. tapi blogger ini meng-up-date-kan blognya bukan sembarangan.

katanya, selepas 66 hari berdiam diri, akhirnya semalam (18 dis 09) dia bersuara. dan memberi tempoh 10 hari untuk menentukan sama ada dia akan mengheret sesetengah blogger ke mahkamah atau tidak.

4 Dis 2009

sonder nilai

dah baca harakah terbaru? - kata seorang kawan.

saya memandangnya bersahaja. tak ada rasa marah atau benci. atau seronok. cuma tak penting. bukan kawan itu yang tak penting, tapi harakah kini.

ok-lah, saya mengaku masih sesekali mengetuk harakahdaily.net. selepas meng-klik beberapa laman berita dan blog, saya kadang2 rasa buntu sebab dah tak ada benda lain nak dibaca.

oh, ada harakahdaily! dan saya pun mengetuk laman harakahdaily. membaca sekali imbas dan meneliti beritanya kalau ada yang benar2 menarik. ulang: benar2 menarik.

harakah cetak? maaflah.

dulu saya melanggan harakah versi cetak. setahun. biasalah, nak tolong jemaah. tapi kalau datangnya ke rumah dua tiga hari selepas sesuatu edisi terpampang di kedai, apa barang...?

bila ada isu perpaduang, saya menulis surat mahu menghentikan langganan. kalau ada duit/naskhah berbaki, sedekahlah kat siapa2 pun. malangnya surat tu tak sempat diposkan.

dan sampai sekarang, saya tak nampak apa relevannya harakah ini. kecuali di kalangan orang luar bandar atau yang terputus daripada internet. selebihnya - nihil. sonder nilai. hampir2 sama dengan sesetengah orang pas itu sendiri.