30 Nov 2009

orang bodoh

dalam blognya - dan kemudian dikerumun media milik umno/bn, nik abduh menukilkan:
Ayahanda telah tua dan keletihan. Dia telah memberi yang terbaik. Jika suatu hari dia menyebut hasrat meletakkan jawatan, jangan ada yang bodoh datang mengatakan tidak dan jangan. Jika tidak, saya akan memanggilnya, “Wahai si bodoh!”

adalah kata2 ini menghalalkan beliau digelar 'si bodoh'?

hebatnya tok guru nik aziz menyebabkan hampir semua orang menganggap susuk sederhana itu adalah milik mereka. dan pada kelebihan itulah kelemahannya. semua orang menganggap nik aziz itu hak mereka.

bagi nik adli, tidak ada salahnya dia berkata begitu walaupun sebenarnya ia membayangkan - sekali lagi - kekurangmatangannya dalam berpencak dalam politik. tapi bagi orang di luar lingkaran keluarga, masih ada pandangan dan pendapat yang boleh dilontarkan. menyanggah pandangan nik adli adalah satu daripadanya.

pada akhirnya, kelincahan susuk istimewa bernama nik abdul aziz itu jugalah sekelian ramai warga malaysia bergantung harap.

24 Nov 2009

pas dan media

untuk beberapa ketika, saya mahu menulis tentang perang di antara ariffahmi - kickdefella yang hangat itu. terserah kepada anda mahu mengkategorinya sebagai hangat atau tidak. tapi bagi saya, ia hangat dan silap hari bulan, boleh jadi hangit.

tapi sebelum sempat saya tulis, krisis itu pun nampaknya reda. syukur sangat bila to' guru arahkan ariffahmi letak jawatan. sekurang2-nya, isu tu tak dapat dimanipulasi lebih lama oleh puak2 umno/bn. ia juga memang memberi kemenangan moral kepada pas, khususnya di kelantan.

cuma, ariffahmi tersilap jika dia menyangka kedudukannya (dan hubungannya dengan to' guru) memberi kelebihan ketika dia berdepan dengan orang media. ya, walaupun kickdefella sekadar bekerja di perbadanan menteri besar dan membantu husam musa, sebenarnya dia adalah orang media.

sebelum jadi orang husam pun, kickdefella adalah orang media. dia pembikin filem. dan di kalangan orang media, hubungan sesama petugas media biasanya rapat. ada chemistry, kata orang.

pedulilah apa yang orang pas (atau mana2 orang pun) nak kata. wartawan tak boleh percaya ke, kaki spin berita ke, penipu ke, penokok tambah ke, orang media ada cara tersendiri menguruskan sesuatu - termasuk krisis atau isu. itu yang banyak orang tak faham. bukti tak faham itu samalah seperti kebanyakan pemimpin pas yang sibuk dok layan wartawan ketika ahli/penyokong didoktrinkan supaya jangan percaya kebanyakan media arus perdana.

tapi, ada dua isu yang berbeza di sini. tak percaya dan tak mahu layan media tak bermakna semua orang media tak boleh dipercayai. ada yang boleh diharap (dan percayalah, kalau setakat roslan sms tu, ada ramai lagi orang media yang lebih dulu jadi ahli daripada dia mengenal apa itu pas...). ada juga yang lebih dungu bila tersilap mengambil sikap mempercayai orang media dengan semberono.

asal mulut manis dan pandai beli jiwa, orang media itu pun dilayan macam sahabat yang hadir usrah tiap2 hari. dungu namanya tu.

berbalik pada isu ariffahmi, ternyata dia kantoi. dia mungkin bersemangat waja, hebat ilmunya dan lincah langkahnya. tapi dia belum cukup cerdas. belum cukup kenal medan tempur sebenar.

dan tidak kurang penting (dan malang), ramai lagi ariffahmi dalam pas. termasuk yang dah tak muda. tak reti2 nak bersilat dengan media.

agaknya, pas wajar fikirkan satu kursus menguruskan media selain kursus berceramah. kalau boleh, kursuskan sama semua press sec yang ada.

18 Nov 2009

fadzlan

"sekurang-kurangnya aku boleh banyak belajar daripada orang cina," kata ahli dewan undangan negeri pasir berdamar zaman 1980-an dulu, fadzlan yahya.

saya menemuinya di ipoh bagi menyiapkan tugasan diberi majikan.

fadzlan yahya - bagi saya - kadang2 satu enigma dalam politik, khasnya di perak. dia orang melayu jati tapi memilih dap sebagai wadah berpolitik ketika orang lain melihat parti itu sebagai parti yang macam boleh memurtadkan orang islam. jawatan tertinggi pernah disandangnya dalam dap adalah naib presiden.

dia dipilih sebagai adun pasir berdamar beberapa penggal, kalau tak silap.

untuk yang tak biasa, pasir berdamar adalah kawasan penempatan cina di teluk intan, perak. bermacam2 dongeng dilabunkan orang melayu tentang pasir berdamar. keadaan itu menyebabkan orang melayu takut gila kalau masuk ke kawasan itu.

tapi di situlah fadzlan jadi adun. orang melayu dipilih orang cina jadi wakil rakyat menyuarakan keperluan mereka di dewan undangan negeri.

kini, saya tak pasti di mana fadzlan. kali terakhir saya mendapat tahu, dia menggerakkan inisiatif menyatukan sekelompok orang berketurunan mandailing di bawah kumpulannya. dan saya tak berminat untuk tahu lebih lanjut.

tapi, kata2 fadzlan hampir dua dekad lalu masih relevan. orang melayu perlu belajar banyak daripada orang cina. termasuk berpolitik.

14 Nov 2009

alahai khalid

saya pernah kata, tan sri khalid ibrahim selalunya lebih baik jangan bercakap daripada bercakap. lebih2 lagi kalau ada isu. elok dia elak bercakap. kalau tak, isu tak sesulit mana jadi serabut.

tapi, sebagai menteri besar, dia kena bercakap. tapi pihak yang berkenaan, tolong la pastikan dia cakap lebih teratur. bukan macam dalam laporan ini (perhatikan susunan kata2 khalid ibrahim. memang la boleh faham, tapi kena baca berkali2. serabut!)

elok kalau pkr hantar dia kursus belajar cakap teratur. takut nanti, dalam kempen dia tersasul dan suruh orang undi bn lagi.

13 Nov 2009

malu adalah cabang iman

kalau melawan orang gila - kata seorang kawan saya - kita mesti lebih gila daripada dia. kita wajib jadi gila-gila.

masalah berurusan dengan orang gila yang satu ini adalah - mereka tak pernah tahu malu.

7 Nov 2009

bodohnya jais

On Tuesday, Mais issued a press statement stating that all public statements related to issues involving religious administration in the state and all directives to religious officers and mosque officials could only be issued by the Sultan of Selangor, Mais, the clerics, Jais and theSyariah Court. Hasan's name, as an exco in charge of Muslim affairs, was not includedin the list. Mais chairman Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa had said any other personwishing to issue such a statement must first get the approval of the Maischairman. - nst 01/10/09


oklah, saya mengaku agak semberono.

berdasarkan perkembangan semasa, barangkali dalam isu ini saya tak salahkan hasan ali. walaupun dia exco agama, kegagalan pengurusan agama islam di selangor menjalani perubahan - bagi saya - dikekang pihak lain.

barangkali saya tak keterlaluan mengharapkan sekurang2-nya khutbah jumaat di selangor tak bodoh dan membodohkan jemaah selepas pakatan rakyat menguasai kerajaan. tambahan pula exco agama dipegang hassan ali.

tapi harapan itu tak jadi kenyataan, waima di surau yang selama ini saya lihat agak berani menjemput penceramah lantang. surau al-hidayah di saujana utama pernah mengundang ustaz shahrir long satu ketika dulu.

mengenalinya ketika bertugas di utara dan pernah menguruskan ceramahnya di pejabat secara langsung, saya faham pendekatan ustaz tu.

tapi hampir setiap jumaat, khutbah di surau al-hidayah tetap membodohkan jemaah. semalam, khutbah disampaikan berkisar pada isu menyuburkan semangat membaca. isu yang saya dah pernah dengar tahun lalu. dan tahun2 sebelumnya.

dua tahun lepas, khutbah disediakan jais berkisar pada kempen membasmi demam denggi. isinya - saling tak tumpah membaca poster kempen antidenggi!

tu yang saya kata - bodoh dan membodohkan.

dan bila jais marah orang bukan islam masuk masjid dan berucap, lengkap dan mutlaklah kebodohan itu.

isunya adalah - siapa yang membodohkan jais? dan siapa pula mahu membodohkan jemaah?

6 Nov 2009

pas, blogger dan media baru

saya tak pasti tarikh sebenar, tapi mungkin 10 atau 15 tahun lepas. atau tiga, empat kali pilihan raya umum sebelum yang mutakhir tahun lalu, pas terkedepan dalam memanipulasi dan memanfaatkan teknologi. saya yakin, dap juga macam tu. kalau kurang meluas pun, ia tak memalukan.

ketika itu mana ada pkr.

semangat 46 yang hayatnya sangat singkat tu, saya tak pasti tahap celik it mereka. yang pasti, pas terkedepan. menggunakan komputer peribadi (pc) untuk menyemak senarai pemilih, misalnya. atau menentukan saluran pengundi di pondok panas.

ketika tu, umno/bn masih terkial-kial guna kaedah manual. guna tangan, jari dan mata (otak, saya tak pasti) menyemak daftar pemilih. memalukan. tapi puak2 umno mana pernah kenal malu - dulu, kini selama-lamanya. ditakdirkan mereka masih gagah (hasil manipulasi agensi kerajaanlah, apa lagi...!).

pas (dan pembangkang secara umumnya) terkedepan dalam teknologi berdepan dengan umno/bn yang masih hidup dalam zaman batu. tapi pas (dan pembangkang) jarang2 menang.

era reformasi pun tiba. internet mula dikenali dan digunakan meluas oleh pembangkang. pas, adil (kemudian keadilan) dan dap guna medium baru dalam perang saraf. umno baru belajar macam mana nak on pc. juga tercari2 manual laptop.

hasilnya - umno/bn terpukul dalam pilihan raya umum. terengganu jatuh (malangnya jatuh di tempat yang tak betul. alahai...!), kedah ada wakil pembangkang yang ketara. penang juga menampakkan kekuatan dap. di perak, ust sabran asmawi masuk dewan undangan negeri. selangor, ada dua tiga kerusi pas menang (malangnya di tempat - atau tokoh - yang tak betul. (alahai...!).

pengalaman itu dipelajari umno/bn. mereka belajar menggunakan internet. ada impak juga. ditambah dengan kemunculan pack & blah - maksud saya, pak lah. pembangkang terpukul teruk. umno/bn ketawa besar. memanglah lama-kelamaan umno/bn berdengkur, tapi pru 2004 memberi tamparan besar kepada pembangkang.

ditakdirkan penyokong pas, keadilan dan dap ramai yang cerdik (dipercayai sebahagian daripada mereka adalah ahli/penyokong umno yang meninggalkan parti chauvinis tu. maka tinggallah yang bebal dan bengap dalam parti umno/bn - dulu, kini dan selamanya). tokoh dan penyokong cerdik inilah yang mengatur langkah dalam medium baru perang saraf. selain internet, ada pula blog.

umno/bn yang bebal - dulu, kini dan selamanya itu - terkial2 mencari apa maksud blogspot, blogdrive, wordpress dan kawasan2 yang sewaktu dengannya. sebelum mereka yang bebal itu tahu apa blog, pas, keadilan dan dap melintasi garis penamat dan berjaya menguasai maklumat. maka, lihatlah kesannya pada pru 2008.

memanglah ada banyak faktor lain. tapi elemen medium terkini juga ada peranan. ingat - dalam dunia sekarang, maklumat adalah kuasa. dan pengurusan maklumat yang tepat membolehkan pas, keadilan dan dap menguasai kuasa.

selepas pru 2008, umno/bn mula belajar. ramai pemuka2 parti perkauman malaya ada blog sendiri. najib pun ada (walaupun diyakini bukan dia yang kendalikan. entah2 dia tak pernah tau pun url blog dia.

setakat ini, blog dan medium baru masih berperanan besar. selain menyerang umno/bn, penyokong pakatan rakyat juga berpeluang membongkar pelbagai kebebalan di kalangan pemimpin parti masing2. dalam pas, misalnya.

di pihak umno/bn, mereka semakin mahir (walaupun tak pernah cerdik) memanipulasi internet. mengupah cybertrooper, misa;nya. di kalangan penyokong pakatan rakyat, medium baru terus digunakan menghadapi apa saja cabaran.

diyakini, ia masih dapat dimanfaatkan menjelang pru akan datang.

pada masa sama, medium baru yang lebih pantas akan tetap muncul.ia mungkin menolak blog dan tweeter ke tepi. bodoh sangatlah penyokong pakatan rakyat kalau tak dapat menangkap ilmu itu dan memanfaatkannya. kalau penyokong umno/bn, memang sah bodoh. maka mereka akan hanya dapat menguasai ilmu itu kira2 10 tahun ke belakang.

jadi, tak berapa cerdik juga kalau ada pemimpin pakatan rakyat - pas, misalnya - memarahi ahli kerana bermain2 dengan medium baru ini. menyindir dan memperlekeh tok guru nik aziz, misalnya.

isunya sekarang adalah - bagaimana penyokong pakatan rakyat mampu kekal mendahului penyokong umno yang dulu, kini dan selamanya bodoh itu. bukan menyergah dan berlabun berkata itu 'pantang' ini 'pantang'. kalau itu berlaku (maksudnya, melarang ahli/penyokong pakatan rakyat) memanfaatkan medium baru), adalah sahih lagi tepat dikatakan bahawa orang pas sebenarnya tak layak ada dalam parti yang cerdik.

wajib dia diketepikan. biar dia berkawan dengan orang2 bodoh dalam umno/bn.

p/s: tentang rancangan ketua penerangan pas pusat untuk adakan pertemuan dengan blogger tu memang patut. dan sesuai juga diwajibkan semua peserta mengemukakan nombor keahlian parti. cuma yang lebih penting, penceramah yang dikatakan akan dijemput membentangkan kertas kerja itu juga seeloknya ada nombor ahli pas. sekurang2-nya diyakini boleh dipercayai. dr abu hassan hasbullah? alamak!

3 Nov 2009

kabel gua besar, beb...

bengang sungguh saya.

ada ke patut sedang saya bersembang2 pasal isu nak ternak ayam kampung, pengerusi jay kay kay pee dan balacinya tangkap saya. saya dituduh bercakap pasal ayam tanpa ambik kursus ternak ayam kat jabatan pertanian.

bengang sungguh saya. mana boleh macam tu!

pengerusi jay kay kay pee pun suruh saya pegi balai penghulu. saya nak dibicarakan, kata dia. saya pun pergi.

tuan2 tau apa yang jadi sebelum saya pergi ke balai penghulu tadi? ramai yang talipon dan beri sokongan.

ketua kampung kata saya mesti sabar. tok wakil rakyat puuunn kol. saya dengan dia memang rapat. dia kata dia boleh sediakan loyar yang bagus untuk saya.

selang dua tiga minit, embee pulak kol. saya selalu jumpa dia nih. selalu jugak minum petang dengan dia. embee pun kata tindakan jay kay kay pee tu melampau. dia nak pengerusi jay kay kay pee tu bagi laporan bertulis kat dia.

sebaik saya masuk pagai balai penghulu, minister pulak talipon. dia ni kawan saya jugak. pernah kami berborak panjang dengan dia. selalu juga. kadang2 saya bagi nasihat jugak kat dia... dia dengaq jugak la sesekali.

saya kawan dengan semua orang. saya kenal secara peribadi dengan ramai orang terkenal. saya ada kontak dengan pemimpin negara. bekas pi emm pun saya kenal. saya selalu sembang dengan diorang. dan diorang selalu juga bagi galakan kat saya.

nik aziz pun saya kenal. to' guru haji hadi pun saya kenal.

eh, jadi macam sesi promosi kabel sendiri pulak. kheh!

1 Nov 2009

rocker terlampau

walaupun saya masih kekal berkeyakinan sebahagian ahli pas tetap malas berfikir lebih daripada selapis, saya masih juga mahu berharap supaya ada ahli pas mahu belajar dan tak cepat berahi kepada seseorang yang ada nama.

cepat seronok dengan seseorang terkenal yang menyertai pas, misalnya. bukan tak boleh, tapi berhati2 adalah sikap yang lebih baik. terutama kalau orang itu adalah orang yang 'terbuang' atau kecewa di lubuk asalnya. selepas kalah atau tak laku, baru terhegeh2 nak masuk pas/pakatan.

bekas ahli parlimen klang dan ajk pusat mca, dr tan yee kew dan dr jeffrey kitingan adalah segelintir nama yang masuk pakatan kerana kecewa dengan parti lamanya.

dalam pas, ada juga orang yang popular itu naik dalam hierarki parti dengan mencanak2. dr hasan ali adalah contoh yang baik untuk memahami situasi ini.

tapi ada juga tokoh2 dalam pas yang hebat pada awalnya tiba2 menjauhkan diri apabila ada lubuk baru. di pentas ceramah, bukan main lagi dia berlabun. agak2 susah cari makan, boleh rakam album dan nyanyi lagu2 keagamaan. walaupun tak sedap, entah apa2 dan pandai2 pinda lirik, sebab ada nama, dia boleh lagi popular.

siap ada program sendiri di astro tuh...!

bila ada masalah, terbelit dek lidah sendiri dengan mainan cerita peribadi - barulah nak ceramah balik. barulah nampak pas balik.

dan saya amat yakin pas akan mendepangkan tangan menerima orang itu. maklumlah, husnuz dzan la katakan.... bersangka baik.

sebab tu saya kata, ramai orang pas tak reti berfikir lebih daripada selapis. dan asyik kena jual je dengan orang yang cerdik sikit.